Ok, ni cerita hari Ahad yang lepas.. Rancangan yang selalu saya tengok pada pagi Sabtu dan ahad dah tentulah Nasi Lemak Kopi O di TV9.. Tapi saya lebih suka tengok hari Ahad, sebab ada Trio Ahad iaitu, Fizo Omar, Ag dan Luqman.

Masa pagi dorang ada bukak satu topik tau. Tajuknya "KIASU DI PINTU LIF". Tahu tak Kiasu tu apa?.. Menurut tetamu program tu, Soo Winci, KIASU ni berasal dari bahasa Hokkien.. Maksudnya macam terkejar-kejar la..  Lepas tu, macam biasa, penonton boleh tinggalkan komen di Facebook Nasi Lemak Kopi O.. Nanti, dorang akan bacakan lah komen terpilih.. 

Saya pun memang suka tau tajuk tu,.. Sebab memang selalu terjadi.. Yelah, masyarakat kita ni macam dah terbiasa berebut-rebut nak masuk. Tak kiralah nak masuk Lif ke, nak naik LRT ke, bus ke kan.. Sepatututnya, biarlah orang kat dalam tu keluar dahulu, barulah kita masuk. Ni tidak,. Memang kesian kat orang yang nak keluar, kena berebut-rebut ngan dorang dan terhimpit.. huhu.. Saya ingat lagi masa saya duduk KL. Bila balik kampung nak ke Puduraya tu, naik LRT. Bila dah sampai stesen Masjid Jamek, saya hampir-hampir tak dapat nak keluar.. Sebab orang dah bersesak nak masuk.. Nasib baik tak terkepit. Saya yang muda ni tak apalah kan, ada tenaga.. Kalau orang tau macam mana?. alamatnya memang akan terlepaslah stesen yang ditujui..  Wah panjang lebar pulak penerangan saya ni kan..

Ok, masa pagi tu, saya pun komenlah kat Facebook Nasi Lemak Kopi O tu..  Sambil tengok tu, saya minum-minum kopi dengan cicah biskut,. Sekali terpandang kat skrin tv."Eh tu macam nama aku je tu.." Terus ambil handphone, pi duduk depan tv. dan snap gambar.. hahaha.. Lepas tu, tiba-tiba Fizo Omar baca komen saya! Excited pulak rasanya.. hihi.. Fizo Omar tersekat-sekat nak menyebut nama saya.. Maklumlah panjang sikit kan.. Roshazareeza :) Masa tu tak teringat langsung nak ambil video.. Bila dah habis program tu, baru terfikir.. Ruginya kalau tak ambil video, kalau tak , boleh buat kenangan.. Huahua.. 

Nampak tak komen saya kat bawah ni :



Baru kena baca komen dah seronok bukan main.. Kalau dapat jumpa macam mana?.. hihi.. Sebenarnya saya ni memang minat ngan Fizo Omar ni.. Cara dia bercakap tu.. Di kesempatan ni, saya nak ucapkan moga dipermudahkan urusan menuju alam rumahtangga antara Fizo Omar dan pilihan hatinya, Cik Mawar.. Moga berbahagia :)