Selamat pagi... 

Apa khabar semuanya?.. Moga semuanya sihat sahaja yer :) 

Alhamdulillah kita masih lagi dapat melihat dunia ini dan meneruskan kehidupan :)

Pagi ni nak ceritakan mengenai BITSRIPS. Mesti ramai yang dah tahu kan?... Kalau tak tahu, boleh download sekarang kat Playstore guna handphone masing-masing. hihi.

Ok, Bitstrips ni membolehkan kita buat komik la.. Kita kena pilih perwatakan kita dulu. Contohnya kita nak bentuk muka yang macam mana, warna rambut, jenis bibir, warna kulit, baju yang kita nak pakai dan lain-lain. 

Kemudian, boleh terus buat ala-ala komik la. Pilih situasi kita, dan boleh masukkan dialog sendiri... 

Aplikasi ni membenarkan kita untuk share di facebook kita. Sekarang ni kan, puan blog tengah gilakan Bitstrips ni. hikhik.

Jom tengok antara komik yang sempat puan blog buat. Daripada mula-mula nak start sampailah ke masukkan dialog sendiri. Ada perkembangan la kan..







Try la kawan-kawan.. Best kan.. hihi.. Tapi, tak tahu la kan kalau korang tak minat sangat jenis macam ni kan :)