Monday, November 04, 2013

MACAM-MACAM CERITA HARI NI


Selamat petang semua..

Mesti ramai yang bercuti hari ni kan?.. Ye lah esokkan cuti Awal Muharam.. Ramai yang sambung je terus kan.. Sabtu, Ahad , Isnin dan Selasa.. Untunglah sesiapa yang bekerja di Pahang kan.. Dah sah-sah dapat cuti.. Syoknya, boleh rehat-rehatkat rumah, boleh balik kampung, boleh gi jalan-jalan.. Wah ni yang jeles ni.. hihi.. Saya ni kerja hari ni. Tak ambil pun cuti. Ada dua sebab kenapa tak ambil cuti. Pertama, kalau cuti pun mesti duduk rumah je, sebab husband kerja.. KEdua, cuti rehat tak berapa nak ado.. hihi.. So, pejam mata je la tengok orang cuti.. 

Dan, hari ni saya sakit gigi lagi. dah beberapa hari dah sakit ni. Tapi, dia sakit kejap-kejap je. Hari ni pulak bukan main lagi sakitnya. Faham-faham je la kan, kalau sakit gigi ni, dia membawa ke mata dan ke kepala. Tak makan apa-apa ubat pun. Sebab ubat pun tak ada.. hihi.. So, jalan penyelesaiannya ialah tahan je dan buat -buat lupa. Tak nak fikir sakit. Ni semua mainan psikologi ni.. hihi..

Hari ni jugak, kawan saya iaitu isteri kawan suami saya, adik Siti dimasukkan ke wad.. Sebab dah melepasi tarikh due date utnuk bersalin.. Suami saya yang call beritahu tengahari tadi. Moga dipermudahkan ye dik.. Tak sabar nak tengok baby dik Siti :)

Ok, tu je buat masa ni.. Saya mohon anda yang membaca entry ni sama-sama mendoakan moga dik Siti dipermudahkan jalan untuk melahirkan  yer :) Terima kasih :)



11 comments:

  1. Sakit sebab geraham bongsu ke? Hmm memang payah sikit tu. Semoga siti selamat melahirkan ye...

    ReplyDelete
  2. sakit gigi pun keje yer.. nape x amek mc jer.. boleh sambung cuti kan kan..hikhik.. moga kwn ros dipermudahkan masa bersalin nanti yer,. aamiin...

    ReplyDelete
  3. ros tak per ros kita sama2 kerja...he he he...

    ReplyDelete
  4. ciksu pon kja jugak.huhu
    in shaa Allah.sama2 kita doakan ye

    ReplyDelete
  5. paling x suka kalo sakit gigi huhu.

    ReplyDelete
  6. cuti jugak tadi...hihi alang2 sehari...

    ReplyDelete
  7. kumuh air garam. moga2 reda sikit sakit tu

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh sakit gigi tu dan semoga dipermudahkan urusan bersalin untuk kawan..

    ReplyDelete
  9. Kalau gigi bongsu tu nak tumbuh mmg sakit tu biasa la...hehe.

    ReplyDelete
  10. semoga selamat semuanya utk siti & gigi ros.. hehehe..

    ReplyDelete