Haa, tajuk macam nak buat entry jiwang je kan.. hihi.. Tapi, tak lah. Sebenarnya nak cerita tentang anak sedara saya je..

Tengok lidah Baby Arif ni.. Tersentil keluar.. Ikut ibu dia la masa kecik -kecik pun macam tu.. Ni Baby Arif, anak Kakak saya(Kakyang)..

Terjatuh tu, tengok hidung dia ada tanda sikit.. Kulit putih, bila jatuh berbekas, merah je nampak tu.. Alahai, Arif.. Takpe, nak membesar kan, tengah lasak-lasak lagi ni.. Apa pun, walau tengah sakit masa ni, tetap tersenyum bila ibu tangkap gambar kan :) Ceria selalu. Selalu tengok Astro Ceria, tu yang ceria je manjang .. hihi.. 



Ada enam anak sedara setakat ni.. Tapi, seorang sudah meninggal ketika masih dalam perut Kakyang(usia kandungan hampir 6 bulan), iaitu Baby Ana.. Ana menunggu ibu dan ayah dia di pintu Syurga,, Dugaan berat buat kakak saya masa tu. Namun, Allah berikan 2 orang anak lelaki buat Kakyang selepas pemergian Baby Ana, iaitu Baby Mat dan Baby Arif.. Usia baby Mat, 3 tahun 4 bulan dan Baby Arif pula 2 tahun 4 bulan.

Tiga lagi anak kakak saya Along, iaitu Daniel. Dania dan Danish.. Masing-masing berusia 10 tahun, 8 tahun, dan 6 tahun....

Mak Ude ni memang rindu korang !