Tuesday, January 21, 2014

JDT LAWAN PERAK DI STADIUM LARKIN



Ni gambar tiket bola antara JDT menentang Perak.. Perlawanan 18 Januari 2014, hari Sabtu lepas...



Kebetulan hari Sabtu hari tu, suami saya cuti. Pagi tu kitorang pergilah Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kat Larkin. Amboi...ayat.. Bagi nama penuh tu. hihi.. Atau lebih dikenali dengan Stadium Larkin.. 

Masa sampai pagi tu, lebih kurang pukul 8 pagi.. Alahai...panjang betul barisan... Kaunter bukak jam 9 pagi.. Lagi awal rupanya dorang datang beratur.. Tak jadi beratur, terus parking motor dan jalan-jalan ke pasar tani sebelah stadium tu je,.. Lepas tu, terus balik rumah.. Balik rumah, badan rasa macam nak demam, tak demam.. Tak lalu nak makan nasi. Tengahari tu, keluarlah gi cari laksa Johor kat Medan selera Bomba.. Alang-alang dah keluar, saje lalu depan Stadium. Eh, ada lagi orang beratur.. Tapi, dah tak ramai macam pagi tadi. Apalagi,, terus join beratur sama.. hihi.. Limit seorang hanya 5 tiket. Untuk mengelakkan kejadian "ulat tiket".... 

Ni first time tengok bola kat Stadium.. Sebelum ni tengok kat TV je.. Saya ni memang minat tengok bola dari zaman sekolah... 

Pasukan pilihan saya malam tu?.. Bertentangan dengan pasukan pilihan Cik Abg.. Cik Abg pilih JDT malam tu.. Saya sebaliknya. hihihi.. 

Kat sini, nak bagi pesanan khidmat masyarakat sikit :

"Apapun pasukan pilihan kita, jangan sesekali mencemuh pasukan lawan. Itu yang paling saya tak gemar.. Kalau nak kritik, kritik cara permainan. Tu pun, pastikan yang rasional.. Jangan sampai, semua dihentam. Dari A sampai Z pasukan lawan hendak dihentam... Tolonglah buka minda.. Ini permainan bolasepak.. Adatlah, ada menang..ada kalah.. Jangan terlalu taksub terhadap sesebuah pasukan...  "

Ok, tu je.. Korang minat tak bola?.. Di entry akan datang saya akan kongsikan kemeriahan penyokong dalam stadium pulak k.. Memang happening...


9 comments:

  1. owhhhh minat gler bola selain badminton, tennis, squash... dan x sabar nak tunggu world cup.. yeeehaaaaa

    ReplyDelete
  2. seronoknye dpat tgk bola kat stadium.. mesti lagi meriah kan.. sebab tgk kat rumah pun dah terasa kehangatannye...

    ReplyDelete
  3. ala Perak dah tak kuat macam tahun 90-an dan awal tahun 2000 dulu... tensen... dulu masa kat Ipoh memang boleh kata kebanyakan perlawanan akak pergi stadium... tahun 90-an tu tak ramai orang pompuan gi stadium.. tengok di stadium mmang lebih meriah dan seronok...

    ReplyDelete
  4. akak bola memang tak layan ros, setakat kerling2 tu adalah... he he he...

    ReplyDelete
  5. Ayut xpnh lg pegi stadium tgk bola...tp rasa dh rmai2x tu feeling msti lbh je... hihi

    ReplyDelete
  6. Akak layan kak bola ros tp tgk2 pasukan gak

    ReplyDelete
  7. semangat..dua2 kaki bola yer.. heee..

    ReplyDelete