Selamat pagi kawan-kawan. Apa khabar hari ni?. Semoga semuanya sihat sahaja... 

Hari ni hari Jumaat.. Saya cuti hari ni.. Hari ni hari Jumaat pertama bercuti bagi warga Johor... Alhamdulillah...

Tentang entry yang saya publishkan malam tadi, terpaksa saya buang. Entry berkenaan murid-murid yang tersepi kepala di kerusi. Dalam entry tu saya tak komen apa-apa. Cuma berkongsi gambar... Bila saya bangun pagi ni, saya terfikir tentang entry tu. Dan terus buat keputusan delete entry tu. Saya rasa adalah tak adil kita berkongsi gambar tersebut... Mereka masih kecil dan bika gambar mereka tersebar, kebanyakan orang akan mengenali mereka. Dan pelbagai tanggapan masyarakat terhadap mereka.... Jadi di sini saya ingin memohon maaf andai perkongsian saya malam tadi ada mengguriskan hati sesiapa.. Mungkin ada yang beranggapan benda ni remeh. Tapi tidak pada saya. Bayangkan jika anak atau ahli keluarga kita yang alami. Dan gambar mereka disebarkan... 

Ok,sekian sahaja untuk entry kali ini.