Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan syukur Alhamdulillah.... kerana masih bernafas di Bumi Allah... 

Entry kali ni saya nak share dengan kengkawan apa yang berlaku masa cuti raya cina yang lepas. Oleh kerana ada hal penting, saya dan suami bergegas balik ke kampung di Kedah. Memang tak plan pun nak balik kampung. Dan saya pun tak ada apply cuti rehat. Petang Khamis tu(30 januari), kitorang ke Stesen bus Larkin cari tiket. Memang dah tahu, peluang nak nak dapat tiket macam tipis. Maklumlah cuti perayaan. Ramai yang dah beli tiket awal kan. Tapi kitorang pi je. Bila sampai, memang tiket balik Sungai Petani atau Alor Setar dah habis. Tinggal tiket bus tambahan. Kalau boleh, memang tak nak bus tambahan. Bila dah ronda satu stesen bus tu, dapatlah tiket bus. Tapi, ke Butterworth. Ok la. Boleh minta tolong ayah saya ambilkan nanti. Harganya?... Memang mahal. Nak tak nak, kena beli jugak. Sebab tak de pilihan. Satu tiket rm95. dua tiket dah rm190. Selalunya kalau ke Sungai Petani pun baru rm75. Butterworth lagi murah berbanding Sungai Petani. Tapi, tak apelah kan.  Bukan itu yang saya nak kongsikan sebenarnya. Hihi.

Sebenarnya nak ceritakan tentang perjalanan dari Kedah ke Jb. Kami balik kejap je kan kampung. Bukan bercuti lama. Masa balik tu, kami naik bus Mayangsari, dari Shahab Perdana, Alor Setar. Dapat seat 3 dari belakang. Nak dijadikan cerita, biasalah bila time perayaan dah tentu jalan jammed. Memang kenderaan banyak dan bergerak perlahan. Tapi , takde lah sampai terberhenti -henti dan sangkut. Lancar je. Bila sampai ke kawasan Gurun, tiba -tiba bus break kecemasan. Tapi, tak adalah terkejut sangat. Sebab bus bukan dalam keadaan laju.Syukur Alhamdulillah... tak ada yang tercedera. Nasib baik cuaca pun elok. Bukan hujan. Kalau hujan, jalan licin kan. 

Lepas tu, bus pun parking di tepi jalan kejap. Driver pun turun. Berbincang sesuatu dengan kenderaan yang terlibat. Kenderaan yang terlibat ialah Toyota Vios dan Estima. Toyota vios memang kemek kat bahagian belakang. Estima lah yang teruk. Depan belakang kena kan. Mujur, tam ada juga yang cedera. Syukur Alhamdulillah. Lepas tu, kitorang di bawa ke Valai Trafik Sungai Petani. Untuk buat laporan... Adalah dalam dua jam jugak. Driver siap suruh kitorang turun gi makan atau pi tandas dulu. Memang berbudi bahasa driver bus tu. 

Puncanya?.. Sebenarnya ada kemalangan di laluan bertentangan. Biasalah, kalau belah sana yang accident, belah sini kan lebih prihatin. Nak tengok apa yang jadi. Bila kenderaan depan break mengejut, yang belakang semua terpaksa break mengejut juga kan. Dan, kalau bus break mebgejut, still akan kena kereta hadapan. Nasib baik tak ada yang tercedera dan nasib baik juga bus dalam keadaan yang perlahan. Sebenarnya, saya agak terkejut melihat keadaan kereta Estima yang berada depan bus ni.  Dalam keadaan bus yang perlahan pun, teruk kemek kereta estima tu tau. Kalau laju? Ya Allah.. Moga dijauhkan... 

Apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah kan. 
Bersyukur dengan apa yang terjadi. 
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....