Selamat petang kawan-kawan..

Cuma nak share something je.. Pagi tadi, lebih kurang pukul 5 pagi (+-), saya terjaga dari tidur. dan saya perasan yang telinga kanan ni macam bergerak-gerak sendiri. Bukanlah bergerak sampai kita boleh nampak tu. Tapi, boleh rasa lah kan.. Ada tak yang pernah alami?..Tiba-tiba je tau.. Pastu, selepas beberapa ketika saya pun pegang telinga saya tu.. dan terus tertido balik, sebelum bangun semula pukul 6 pagi..

Hati ni mulalah dok fikir kenapa ni, kenapa ni.. Pastu terus tanya Encik google.. Then, jumpa satu blog ni. Tulis macam kat bawah ni, kalau telinga kanan bergerak-gerak :


Telinga
Cuping telinga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telinga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
********

Tapi, tolong jangan percaya ok!.. Tak tahu sumber dari mana pun sebenarnya ni.. 

Yang sebenarnya mungkin cara saya tidur tu menjadi puncanya.Sebab dok tidur mengiring ke kanan, telinga kan kat belah bawah, di bantal tu. Mungkin telinga tu macam kebas lah kot?...
Dan sesuatu yang terjadi tu kan atas kehendak Allah... Jadi, janganlah mempercayai sesuatu seperti ini :)