Selamat pagi.. Apa khabar?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu :)

Ok, pagi ni nak sambung cerita tentang S3 saya yang tiba-tiba terpadam sendiri tu kan.. Sampai hari dia.. Buat hal lepas 1 tahun 6 bulan pakai.. hihi..

Sebenarnya handphone tu membawa makna yang tersendiri pada saya.. Sebab tu , bila rosak saya jadi sedih last week.. Pemberian husband sempena ulangtahun pertama pernikahan.. 

Ok, berbalik kepada punca kerosakannya..

Kitorang saja gi tanya kedai jual handphone dulu malam yang hp tu rosak.. Kedai yang jual pelbagai jenis hanphone kat Cmart, Pandan, Johor Bahru.. Bagi hp tu kat dia. Saya cakap tiba-tiba dia off sendiri. Pastu tak boleh nak on dah. Orang tu pun tukar batery dulu. Batery hp saya masih ok. Sebab dia masukkan ke hp dia, hp tu boleh on. Dan dia masukkan batery baru ke  hp saya, still tak boleh on. Lepas tu, dia tanya, dah pakai hp ni berapa lama. Saya pun cakap 1 tahun 6 bulan. Then, dia senyum sambil geleng-geleng kepala.. Dalam hati saya ni, eh dah kenapa ni kau senyum-senyum?.. Tell me why, sir. hihi.. Dia terus cakap, ni mainboard yang rosak ni. Ramai yang pakai setahun lebih, datang kedai dia dengan problem yang sama macam saya.. Saya tanya dia, kenapa jadi macam tu?. Dia kata, dia pun tak tahu.. Kena tanya Samsung.. Pastu dia cakap, warranty setahun je kan?.. Kebanyakkan yang jadi macam ni yang dah guna melebihi setahun.. Saya tanya kos dia berapa ni. Dia kata dalam 7-8 ratus.. Aduhai...

Kemudian, kitorang meneruskan pencarian ke Pasar Pandan. Pergi kedai jualan dan servis samsung.. Saya pun bagitahu lah benda yang sama kat orang tu. Dia kata, dia tak boleh nak pastikan. Kena bawak balik service centre untuk check betul-betul. Saya pun tanya, agak-agak sebab apa ye?. Dia kata sama ada power on button atau mainboard.. Kos untuk power on button, dalam 2-3 ratus.. aduhai lagi sekali.. Tak bagi pun kat dia. Sebab lambat prosesnya..

Esoknya, saya gi kerja macam biasa. Tanpa hp di sisi. hikhik. Rupanya husband saya gi Samsung Service Centre kat Taman Molek, Johor Bahru.. Setelah pegawai tu check, yes problemnya ialah mainboard. Kos dia, RM648. Siap dalam masa sejam. amboi...cepat je kan.. So, husband saya pun setujulah.. Bila husband saya tanya kenapa ye hp tu jadi macam tu. Pegawai tu cakap, tak sure lagi sebab utama dia. Tapi, dia ada cakaplah, langkah-langkah untuk elakkan.. Dia kata, bila charge tu jangan lama-lama. Maksudnya jangan charge dari malam sampai ke pagi.. Contohnya kalau dah 100% penuh, terus cabut. Jangan biar je lama-lama.. Ok, thanx untuk ingatan itu ye Encik samsung. huhu..

Oleh kerana saya dah merajuk ngan samsung, tak nak dah pakai samsung. hihi.. Hp tu husband saya yang guna sekarang. Yelah, hp bermakna tu kan. Sweet memory la katakan.. saya pula, dah kembali kepada cinta pertama saya.. Eh, jangan salah faham.. Cinta pertama hp ok. Iaitu Sony..