Semalam boleh pulak tak perasan tarikh.. Rupanya semalam, 15.06.2014.

Ulangtahun masuk kerja yang ke 5 sebagai penjawat awam.. Kejap je masa berlalu ni.. Lapor diri pada 15.06.2009. Alhamdulillah. Diberi rezeki untuk mendapat pekerjaan tetap.Terima kasih Ya Allah.Terima kasih mak ayah sebab doakan Ija untuk mendapat pekerjaan. Terima kasih ahli keluarga. Terima kasih buat semua. Dalam 5 tahun ni, banyak benda dah belajar, dan masih dalam proses pembelajaran. Telah berada dalam dua organisasi yang berbeza dalam tempoh 5 tahun ini. Melapor diri di MINDEF (Kementerian Pertahanan),Kuala Lumpur. Setelah 3 tahun 5 bulan di sana, dapat bertukar di Kastam Johor Bahru pula, atas alasan mengikut suami. Kalau dulu di tempat lama, buat kerja perjawatan. Sekarang di tempat baru, buat kerja servis. Alhamdulillah. Terima kasih buat rakan-rakan sekerja di tempat lama. Juga rakan-rakan kerja di tempat baru. 

Sekarang ni, berharap dapat bertukar ke Batu Pahat. Moga ada rezeki untuk bertukar. Insyaallah..


p/s : Saya akan ke Putrajaya petang ni untuk menghadiri Mesyuarat E-Penempatan di Ibu Pejabat selama 4 hari, hingga hari Jumaat ni. Moga dipermudahkan. First time bertugas luar semenjak kerja di Kastam Johor Bahru. Kalau di Mindef dulu, kerap berkursus di luar..