10 Days Challenge - Day 1 : 1 Picture


Ingat tak dalam entry semalam, saya ada cerita tentang 10 Days Challenge ?..

Ok hari ni , saya  nak start dengan tugasan hari pertama, iaitu 1 gambar :)



Gambar ni amat bermakna juga pada saya.. Minat saya dan suami ni sama terhadap cinta pada haiwan.. Sebab tu di rumah, kami ada jaga ikan dan burung :) Cuma kucing je tak boleh nak jaga.. Sebab saya ni alahan dan takut kucing.. Kesian suami saya.. hihi. Bila balik rumah keluarga dia, baru dapat dia main-main dengan semua kucing-kucing yang ada. Hikhik...

Ok, nak cerita sikit pasal gambar kat atas ni.. Gambar ni kitorang ambil masa pergi Aquaria, KLCC.. Perjalanan yang tak dirancang sebenarnya.. Tiba-tiba suami saya ajak pergi.. Kitorang pun pergi KL balik hari je. Tak tidur pun.. 

Seronok sangat masa gi sana. Kebetulan masa kitorang pergi tu, masa hidupan laut tu diberi makan.. Boleh tengok depan mata.. Subhanallah, banyaknya ikan-ikan yang ada.. Bukan ikan je, penyu pun ada.. Lagi apa ek?.. Hihi.

Kadang-kadang percutian yang tak dirancang membawa seribu satu kenangan manis :)


Post a Comment

13 Comments

  1. baru je akak komen kat Sally, seronok tengok 10 day challenges ni..hihi, akak dulu pergi akuaria kat Singapore, tgk ikan punya la besar..terlopong bijik mata dgn anak-anak

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #10 by mialiana.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  3. Mcm best jerk...nanti nak buat jgk challenge ni...

    Jemput join ga merdeka mama kaori yer...

    ReplyDelete
  4. mun teringin nak gi sini..huhu

    ReplyDelete
  5. sha suka kucing tp dsebabkan ruma kaka sha xda kucing, kena tunggu pulang sandakan baru bermain ngn kucing hihi

    ReplyDelete
  6. Itu ikan pari ke besarnya klau kecik leh masak asam pedas heee

    ReplyDelete
  7. ikan pari2 kan? besarnya

    tag akak:
    http://cikmadiah.blogspot.com/2014/08/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

    ReplyDelete
  8. betul. ayah saya pun suka buat percutian tiba-tiba. hahaha..

    tapi memang best! cuma kelam kabut sikit lah.. haha

    ReplyDelete
  9. Ikan pari ke tu?
    Comel..Tapi takutlah kalau haiwan besar-besar ni.

    ReplyDelete