Masih lagi dalam mood raya, so hari ni nak cerita pasal raya lah kan. hihi. Macam tajuk kat atas tu. Raya 2014, di mana?. 

Dulu, masa bujang tak jadi masalah langsung pasal nak raya kat mana. Cuti raya balik kampung jumpa mak ayah. Ikut mak ayah gi ziarah saudara mara dan jiran. Balik kampung rumah nenek. Indahnya masa tu. Fikiran pun tenang je. Tak payah fikir-fikir sangat. Sebab cuti raya senang nak dapat. Cuma bab tiket bas je pening sikit masa tu. Kena beli awal, nanti habis tak balik raya pula. Pastu menghadap jalan jammed pula satu hal. kiki.

Tapi, semua tu dah berubah. Bila dah kahwin ni, macam-macam hal kena fikir. Tapi, jangan salah faham. Saya tak kata menyusahkan ke apa ke. Lagi best bila dah kahwin, sebab kita ada dua kampung :) Cuma, pembahagian nak balik raya tu yang agak merungsingkan. Saya pasti pasangan yang dah berkahwin pun ada yang mengalaminya kan? Baik ngaku. hihi..

Macam saya ni, dua-dua asal dari Kedah cuma bekerja di Johor.. Keluarga saya di Sungai Petani dan keluarga suami di Jitra. Kalau difikirkan memang mudah sebab sehala je kan. Menuju destinasi yang sama gitu. Tapi, tahukah anda bila dah satu negeri ni akan ada juga masalah yang timbul.. Masalahnya nak raya pertama tu di rumah keluarga masing-masing lah pulak kan. Pastu pembahagian hari tu kena adil. Tak boleh terlebih dan tak boleh terkurang. Aduhai... 

Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. hihi. Jangan pentingkan diri sendiri sangat. Kita ni dah berkahwin, bukannya bujang lagi. Kena fikir dua dua belah pihak kan :)

Macam saya tahun pertama beraya sebagai suami isteri,masa tu tahun 2012, kitorang tak balik kampung! Sedihnya time tu. Beraya kat JB jer. Sebab suami saya tak dapat cuti. Kena bertugas pada hari raya. Rayalah sengsorang kat JB. Pagi raya call mak ayah, tapi senyap je. Tak boleh nak bercakap. Kalau bercakap, bukan dengar suara, tapi lebih kepada tangisan. hihi. Tu semua kenangan... 

Tahun lepas, 2013 kitorang balik kampung. Alhamdulillah, dua-dua dapat cuti raya. So, balik la ke Kedah. Tahun lepas giliran suami. maksudnya raya pertama tu di rumah keluarga mertua saya.. Tahun ni pulak, raya pertama di rumah keluarga saya.. Cuma pembahagiain hari tu je yang tak dapat nak diselesaikan dengan baik lagi. hihi...

Apapun, syukur Alhamdulillah kerana masih berpeluang balik kampung beraya bersama keluarga... Dapat melihat mak ayah dan keluarga masing-masing. Dapat luangkan masa bersama, walau hanya sekejap!. Kadang-kadang memang sedih tau, sebab duduk berjauhan dengan keluarga. Keluarga di utara, dan kitorang di selatan.. Nak balik kerap tu, kekangan masa dan kewangan :(
Lagi pulak sekarang ni saya berPJJ pulak dengan suami. Lagilah bertambah sedih. Tapi, tak ape semua ni berlaku bukan saje-saje. Semuanya ada hikmah.. Be positive!

p/s: dah start puasa ke korang?.