Hari Jumaat punya cerita. Pergi Batu Pahat Mall nak cari kasut, kebetulan kasut putus tali di sana.. saje je kan. Masa kat JB tak nak putus. Bila pergi Batu Pahat jumpa suami, macam-macam. hihi.. Takpe, boleh dijadikan alasan nak keluar pergi bandar. hihi.. Nampak tak permainan dia kat situ?.

Lepas beli kasut, perut minta diisi. Malas nak cari kedai kat luar, ronda -ronda je dalam BP Mall tu.. Sekali ternampak restoran Ayam Kg Penyet.. Terus masuk jelah.. Saya dan suami makan nasi ayam penyet, dan adik saya makan chicken chop. Air pula, saya air sirap bandung cincau, suami air fresh orange dan adik sky juice. Hihi.. Air kosong je adik saya ni.. 

Jom tengok makanan dan minuman kitorang :


Air sirap bandung laici : RM5.50 (macam mahal pulak rasa, hikhik)
Air fresh orange : RM 3.50
Air kosong : RM0.70


Memang puaslah minum malam tu. Sesuai dengan harga dia, sedap :)


Ni chicken adik saya. Sos lada hitam dia tu sedap :)
Harga chicken chop : RM 11.90.


Ni nasi ayam penyet kitorang. Sambal dia tu yang sedap tu.. Dan jugak sayur tu, macam kerabu. Aihh, teringat-ingat . hihihi
Harga nasi ayam penyet : RM 6.90


Nanti, boleh pergi lagi :)