Monday, September 15, 2014

COCONUT SHAKE YANG BEST DI MELAKA!

Sabtu lepas, saya sempat ke Melaka. Jalan-jalan bawa adik yang mai dari Kedah. Alang-alang dia mai JB, suami saya cakap bawa sekali pi Melaka. Hihi. Yang seronok lebih isterinya lah kan. Bukan apa, tahun lepas pi Melaka, tak sempat nak rasa coconut shake, tak sempat naik river cruise tu.. Tentulah excited lebih bila dengar nak pi Melaka lagi. 

Kitorang bergerak dalam pukul 9.30 pagi macam tu la. Dari Batu Pahat.. Dah tak jauh sangat kan. Dalam 2 jam gitu. Sampai je Melaka, terus menuju ke river cruise. Tiket berharga RM10 kalau ada Mykad. Penting tau bawa Mykad. Sebab kadang-kadang petugas tu nak tengok untuk pastikan.. So, bayarlah RM30 sebab kitorang bertiga je kan. Eh, nantilah cerita pasal river cruise. Hari ni nak cerita pasal coconut shake dulu. hikhik. Sebab gambar kat river cruise tu semua dalam pendrive. Takde dalam handphone ni ha. 

Misi mencari coconut shake ni tak susah pun. Petang tu kitorang menuju ke Pantai Klebang. Saje nak rehat-rehat pula. Kedai coconut shake tu sebelah kanan jalan betul-betul sebelum Pantai Klebang. Hati dah melonjak gembira nak rasa coconut shake Pantai Klebang tu. Selalu dengar kawan-kawan kata sedap kan. Tapi, mak ai panjangnya berbaris.. huhu.. Sampai ke jalan raya. Macam tak sanggup je.. Teruskan ke Pantai Klebang dulu, kata suami. Kang nak balik, kita singgah lagi.. So, rehat-rehatlah dulu. Melayan angin pantai yang sejuk meniup ke pipi. hihi. Dalam pukul 5 macam tu, kitorang nak balik. 

Mata ni dok melilau tengok papan tanda nak ikut lebuhraya. Sekali terlepas kedai coconut shake tu. Encik suami tak nak patah balik. Hati jadi sayu je masa tu. Tak dapat nak rasa. huhu. Nak datang bukan selalu kan. 

Tapi, tiba-tiba suami saya berhenti kat deretan kedai tepi jalan.  Mula tu tak tahu kenapa dia berhenti. Sekali tertoleh tengok ada ramai orang beratur! Eh , eh coconut shake la. Tapi bukan Klebang punya. Ni Batu Berendam punya.. So,bersemangatlah turun beratur. Orang yang beratur tu, sekali beli banyak. Ada yang beli sampai 10. Tiba tang saya, beli satu ja. hahaah.. Tak ape lah, nak buat macam mana. Adik saya memang tak minum manis. Suami saya pula dah pesan awal-awal dia cuma nak rasa je. Tak payah beli untuk dia. heee. Saya beli yang special punya. RM 2.80 kalau tak salah. Yang double special pun ada tau, selain yang biasa. 

Inilah dia Coconut Shake Batu Berendam :-


Rasanya? Memang sedap!!!. Hihi.. Masa dok beratur tu, saya sempat tengok apa yang dia bubuh.  Hihi. Nampak senang je.. Blender isi kelapa, aiskrim vanilla dan ais kiub. Tu je.. Sedapnya.. 

Sape - sape yang pi Melaka tu trylah beli. Sedap wei... Sampai la ni teringat-ingat. hikhik.



30 comments:

  1. Hehe. .baca pun dah boleh rasa kesedapannya..tak g muzium kapal selam ke kt Klebang?

    ReplyDelete
  2. memang best kan cocnut shake ni.. memang ramai org q kan..sanggup sebab sedap

    ReplyDelete
  3. ini yg terbaik lin pernah rasa tau. ari sabtu aritu rasa yang kat snawang... hancuss rasanya... nyesal beli.

    ReplyDelete
  4. ini yg terbaik lin pernah rasa tau. ari sabtu aritu rasa yang kat snawang... hancuss rasanya... nyesal beli.

    ReplyDelete
  5. Bulan lepas gi Melaka tak sempat nak merasa coconut shake ni walaupun stay sana 5 hari. Lain kali kena drive sendiri baru mudah nak jalan-jalan

    ReplyDelete
  6. menariknya..lama yui tak p melaka..huhuh

    ReplyDelete
  7. semua dok pakat sebut sedap..tak pernah rasa pon lagi..tak sanggup nak beratur..huhu..
    kalo setakat kat jb ni penah rasa..biasa2 je..rm3..phewwww

    ReplyDelete
  8. huiii... kalau ramai beraturnya, mesti sedap sangat kan!

    nasib baik dapat akhirnya.... ^^,

    saya tolong klik iklan NN akak! saya first time bernuffnang. mnx tnjuk ajar. hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum...

    memang sedap coconut shake nie.. isteri mselim3 pun ajak gak gi kat melaka nie.. semata2 nak minum coconut shake nie... ehheh

    mselim3

    ReplyDelete
  10. Wahh, bestnye leh nampak isi kelapa dia.....

    ReplyDelete
  11. nampak pn cam sedap... singgah, follow kembali.. tq n dtg klik2 iklan.. hehehe

    ReplyDelete
  12. dah lama tak g melaka. takde kesempatan ag. T_T

    ReplyDelete
  13. memang terbaik kan..masa sebelum famous,khaty lalu pon jarang singgah,skrg rasa macam rugi ja ,dulu dah elok2 dok melaka x mau p,la nie bl dok kat kedah gatai plak nak p..tapi mmg sedap la...

    ReplyDelete
  14. MEmang terbaik ni. Cuma tak sempat lagi nak pergi. Selalu je ramai orang.

    ReplyDelete
  15. MEmang terbaik ni. Cuma tak sempat lagi nak pergi. Selalu je ramai orang.

    ReplyDelete
  16. Zumal belum pernah rasa lagi. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  17. cdapnya...
    mmg femes kan coconut shake kt sana..

    ReplyDelete
  18. cdapnya...
    mmg femes kan coconut shake kt sana..

    ReplyDelete
  19. selalu layan yang klebang punye je.. nak kene cari dekat batu berendam ni.. nak rase jugak.. ros.. kedai coconut shake kat klebang ni.. kalau bungkus memang kat luar.. kalau nak minum2 minumman lain dan makan ade kat dalam..

    ReplyDelete
  20. pernah gak g klebang tu sebab ada kapal selam situ.. tapi x la jumpa coconut shake ni.. takpe.. nanti try g lagi

    ReplyDelete
  21. kekeke sebenarnya memang senang pun kak nak buat. tambah serbok milo sikit pun sodap. taaapi kita ni malaas aje wakakaka.. kat kawasan bangi ni pun ada jugak coconut shake yang sedap..

    ReplyDelete
  22. bestnya minum ni time cuaca panas! kalau kita buat sendiri jadi tak agaknya ye..

    ReplyDelete
  23. Akak ada baca blog yg buat review pasal coconut shake d melaka yg femes tu tp dia ckp x lah sedap spt yg d gemburkan pastu perlu beratur panjang maybe tekak setiap org x sama kan. Klau ada outstation ke melaka bolehbla try nk rasa sedap ke tidak :-)

    ReplyDelete
  24. Lagi satu port best coconut shake di alai. Betul2 kat tepi sekolah kebangsaan alai. Orang luar yang dah pernah rasa klebang punya pun kata alai ni punya lagi best. Sy orang tempatan memang layan alai punya je...hehehe.

    ReplyDelete