Selamat petang.. Apa khabar semua?.. Semoga semuanya sihat yer..
Hai, sekarang ni main cak cak pulak. Kejap ada, kejap timbul.. Sibuklah konon kan. hihi.. Mohon percaya. Memang sibuk sikit sekarang. Tak sempat nak karang entry ke, nak buat sceduled post ke.. Semua tak sempat. Maklumlah musim temuduga sekarang ni kan.. Dok jadi urusetia temuduga. Dengan tugas hakiki lagi kan. Balik rumah pun tak smepat, sebab macam-macam benda nak dibuat. Rumah tu dah macam apa lagi. Hihihi. Jadi rumah persinggahan pula. Hari bekerja kat Jb, hari minggu kat BP.. Moga dipermudahkan untuk bertukar ke BP.. Aminn.. 

Lusa ni Deepavali. Korang ambik cuti tak?. haa, ni yang seronok nak bagitahu ni. Saya ambik cuti Khamis nanti. So, dapatlah 4 hari kan. Rabu, khamis, Jumaat dan Sabtu. Plan nak balik kampung(Kedah).. Tapi tak tahu lagi macam mana. Moga dipermudahkan. Dah rindu sangat pada mak ,ayah dan keluarga. 

Tahniah buat pasukan Kedah! Alhamdulillah mendahului Pahang dalam separuh akhir pertama, malam tadi. Penentuannya minggu depan pula, di Stadium Darul Makmur.. Moga ada kejayaan lagi buat Kedah untuk melangkah terus ke peringkat akhir. Malam tadi bukan main semangat dok tengok kat tv. ada kejutan dari encik husband. Tiba-tiba dalam pukul 8.30, encik husband ketuk pintu rumah. hahaha.. Datang dari BP, suprisekan isteri ni.. hihi.. Pagi tadi, subuh-subuh dah balik semula ke BP. Naik motor lagi tu.. 

Ok, sehingga berjumpa di lain entry :)
Maaf, kawan-kawan. Tak sempat jengah blog anda lagi.. akan cuba ambil masa untuk balas kunjungan :)

Terima kasih tau sudi jugak hadir di blog ni :)

p/s: Malam ni separuh akhir Piala Malaysia, antara JDT dan Felda. Korang pilih mana? Saya pilih Felda sebab ada Indra Putra. Minat beliau dari zaman beliau di Perak lagi.. Masa tu saya pun still sekolah lagi.. Semoga  berjaya buat kedua-dua pasukan. Moga yang terbaik akan menang :)