"Apa yang dirancang, tak semestinya terjadi. Itu benar. Walau kita dah mencuba sehabis daya, namun jika belum tiba masanya, belumlah ia.  "

Wah, dah beberapa hari blog sunyi tanpa entry baru, tiba-tiba muncul dengan bait-bait kata gitu. hihi..

Ya, tak tahu kenapa. Kalau dulu, mesti bukak blog hari-hari, updated entry dan singgah blog kawan-kawan, tinggalkan komen. Sekarang ni, buka jugak blog tanpa menulis entry, pergi juga blog kawan-kawan, tanpa tinggalkan jejak.. Maafkan daku. Ecewahh ayat..

Macam-macam yang berlaku seminggu ni.. Saya balik kampung masa cuti Deepavali tu. Balik seorang diri naik bas ke Kedah. Encik suami tidak dapat cuti untuk balik sekali.. Waktu di kampung, saya manfaatkan sepenuhnya waktu bersama keluarga. Bukan senang nak tatap wajah mak ayah dan ahli keluarga kerana jarak yang memisahkan.. Rindu jangan cerita. Memang rindu, mana kan hilang perasaan rindu di hati ni... 

Hal bola jangan disebut. Hati kecewa. hahhaha... Oh negeriku Kedah. Tak apa, cuba lagi tahun hadapan.. Walau tewas, tetap teguh hati ni buat Kedah. Final nanti, 1 november ni, saya akan sokong Pahang. Walau Pahang yang hancurkan impian Kedah nak mara ke final, namun saya tetap sokong Pahang. hihi.