Mokhtar Dahari



Jom kenali Arwah Mokhtar Dahari 


Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.


Garis Masa Karier Mokhtar Dahari

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang ArsenalMalaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.


**********

SUMBER : WIKIPEDIA





Post a Comment

17 Comments

  1. Mokhtar Dahari dalam kenangan...legenda bola sepak Malaysia..

    ReplyDelete
  2. lagend ni ooooit..
    lorh rupanya yang kat google tu mokhtar dahari ke.. puas den pkir sapa hihi..

    ReplyDelete
  3. wah...hari ni hari nya yee... baru tahu serba sedikit info ni

    ReplyDelete
  4. laa..mokhtar dahari ke tu? ingat sapa...

    ReplyDelete
  5. wah sama entry tapi MV punya simple jer..hahaha

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhh klu bola sepak malaysia boleh kembali zaman kegemilangan ini ....
    cam smlm 3-0 ngan syria ... dulu zaman king gopal disalahkan ... ni zaman dollah sape ptt dipersalahkan ... player tak bermain bersungguh ... tukar player bg yg muda2 ... yg bajet star kasi tukar ... mat yo tu kasi buang je la ...

    ReplyDelete
  7. info yg sgt terperinci. nice sharing. hari ni muka supermok keluar kat laman google. byk anugerah yg dia dpt sepjg karier dia bergelar pemain bola sepak kan

    ReplyDelete
  8. kalau Ros x kongsi kat sini memang tak kenal siapalah Mohtar Dahari nhuhuh..sedih tul sis ni kan

    ReplyDelete
  9. Nice sharing...Nad tak follow sangat football..sekadar pernah dengar nama heee

    ReplyDelete