Resepi dah dapat.. Bahan dah beli.. Bila nak buat ni?.. hihihi.. Bukan apa, dok godek-godek instagram, banyak kenalan share tentang Overnight Oats.. Buka fb, ramai yang share jugak. Tak boleh jadi ni.. Nak jugak menikmati.. Sedap sangat kah?.. hikhik.. 

Bukan main last week, balik Batu Pahat tu ajak husband gi beli bahan-bahan. Kononya balik JB waktu bekerja nak try. Breakfast kat office oats je.. Ringkas, kenyang dan menyihatkan badan! Wah gitu... Tapi, apa yang jadi?.. Hari ni dah hari Khamis.. Tak buat-buat jugak. hihi. Busy la konon... 

Memang tak pernah pun makan oats sebelum ni melainkan biskut oats.. So, tak tahu rasa dia macam mana. adakah sepeti nestum atau lain.. 

Nanti, bila saya dah buat, saya sharekan resepi Overnight Oats tu yer.. Tak buat lagi, tak boleh memandai nak share resepi.. Tak de bukti kan. Hihi..