Monday, January 05, 2015

Bonus kakitangan awam, bantuan khas pesara 15 Januari


Terjawab sudah tarikh sebenar pembayaran bonus bagi kakitangan awam. Rujuk kat bawah ni :
PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.
"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
**********
Bonus untuk anggota tentera dah pun masuk. Pagi tadi encik suami pergi check. Sebab gaji anggota tentera diuruskan oleh UGAT(unit gaji anggota tentera).. Dan dengar khabarnya kakitangan awam lantikan kerajaan negeri pun ada yang dah dapat.. Emm tinggallah kakitangan awam lantikan kerajaan persekutuan. Sebab tu saya rasa, sebelum diumumkan apa-apa, rujuk dahulu cara proses pembayaran. Bukan terus umum macam ni. Akhirnya, ada je perkara yang tak dapat dielakkan, kan. Apa-apa pun moga bersabar buat semua penjawat awam.. Bukan apa, terdetik di hati ni. Macam mana keadaan mereka yang memang berharap bonus tu akan dibayar hari ni?.. aduhai.. sedihnya.. 
Jangan suka menabur janji manis, kelak memakan diri. Eh tetiba. hihihi..



19 comments:

  1. dah agak dah x dapat lg bonus tu hari ni sbb bila cek penyata gaji blom ada...:)

    ReplyDelete
  2. Itu lah kan..
    Sabar je la..nak buat mcner kan..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..pasti para penjawat awam dan pesara kerajaan dapat tarik nafas lega dengar pekara ni termasuk la my parents.. ^_^

    ReplyDelete
  4. my kakak dah pening dah . kejap kata 5hb , pastu surat pekeliling kata 22hb .now kata 15hb lak . my anak buah lak 5 org nak masuk sekolah minggu depan , maka banyak lah yg terpaksa forward ... ujian .

    ReplyDelete
  5. Kerana janji manis itu bikin hatiku sedih. Hahaha...hampeh semuanya

    ReplyDelete
  6. 15 hb dpt bonus kan.. Lepas tu penuh la mall org shopping.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Sabar,..sabar,..nanti merasa juga :)

    ReplyDelete
  8. Untunglah orang kerja kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Takpelah lambat sikit, janji dapat...

    ReplyDelete
  10. Suami saya pun askar dah dapat.
    Ayah state lama dah dapat.
    Saya lah federal masih menunggu.

    ReplyDelete
  11. Terpaks tangguh shopping. Hahhaha

    ReplyDelete
  12. hehehe..bab duit mmg teruja nak cepat.. (*tp yg mangsa musibah lg perit kan menanggung banyak krugian.huhu) tak apa kak,benda yg dah dijanji tak kan lari punya la..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah moga dapat tampung apa yang patut...

    ReplyDelete
  14. hancur hati dipagi hari 5hb tengok bonus tunda. hati CT okay hati mak hehehe..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. xlama lg nak masuk bonus

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah dh dapat tapi x check lagi :-)

    ReplyDelete