Tuesday, February 24, 2015

LAMA KE CUTI?


Assalamualaikum. 
Selamat bercuti. Ehh silap. Selamat petang :)

7 hari bercuti. Kalau ikut plan, 6 hari je. Tapi, tulah kita hanya merancang.. Hihi. Alhamdulillah, dapat balik kampung saya di Sungai Petani dan kampung suami di Jitra.. Esok baru mula bekerja. Hari ni kena cuti di atas sebab-sebab tersendiri. Hihi. 
Tadi buka fb, ada dengar rungutan seorang perempuan pasal jammed ni. Berulang-alik dari KL ke Melaka. Sanggup tu call PLUS dan mengeluarkan kata-kata tak sopan. Emm secara peribadinya, saya sakit telinga mendengarnya. Husband kat sebelah pun terkejut.. Hai la, gaya bahasa tu minta tolong kawal sikit kak. Sebab tu, kena kawal amarah tu. Call dalam keadaan marah, memang macam-macamlah yang keluar... Eh, ada dengar tak? Saya tak sure tu lama punya ke atau baru, sebab saya baru dengar. Kawan yang share kat fb. 
Cuti raya cina ni pun, kat mana -mana jammed. Highway ke, tak highway ke kan. Banyakkan bersabar. Hihi. Pujuk diri sendiri ni sebab perjalanan dari utara nak ke selatan memang jammed time cuti perayaan. Jalan dari pantai timur pun lagi jammed kan. Pengalaman sendiri. Tak boleh nak cakap apa, selain sabar dan tetap kena tempuhinya jugakkan :)

Ok, tu je setakat ni. Maaf banyak-banyak kat semua rakan blogger. Memang tak sempat nak blogwalking pun sepanjang cuti ni. Takpe, esok saya start 'bom' ok ;) 




18 comments:

  1. insyallah sy doakan akak. jemput follow blog sy kak...

    ReplyDelete
  2. mana-mana pun jam..nak buat apa marah-marah kan.tak nak layan jam, duduk rumah diam-diam..hehe

    ReplyDelete
  3. wah lamanya cuti..biasalah kan.lain orang lain tahap tolerate nya.kesian kat operator yg angkat talipon tu ha

    ReplyDelete
  4. ooo yang jem dekat seremban tu ke kak..
    kalau yang tu mmg dah lame dah kak
    tp mmg sgt xsopan..
    bkn slh org yg dia kol tu pon kan
    mmg tak patut la

    ReplyDelete
  5. Wah..cuti panjang nampak..best la kan :)

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu tempat yang biasa tak sesak, sekarang dah mula sesak menunjukkan peningkatan kepada jumlah kenderaan di atas jalanraya.. bertabahlah kita semua..

    ReplyDelete
  7. oo...rakaman suara tu dah lama sebenarnya rose tp memang tak patut keluarkan kata-kata kesat andai marah macam mana sekali pun kan.

    ReplyDelete
  8. Wahhh, puas Ros bercuti balik kampung. Selamat melunaskan kerja pula ;)

    ReplyDelete
  9. selamat kembali ber blog walking Ros, jangan lupa singgah umah kak noor tau hehee

    ReplyDelete
  10. tudiaaa orang utara balik kampung =D adus kite plak balik kampung gak kat bangi..
    ehehehe naik turun utara selatan.. jem teruk kan kak ? tapi syukur CT dalam arah bertentang..
    kalo dak stress jugak..

    ReplyDelete
  11. Cik Mimie pun ada dgr jugak semalam video tu..hmmm, operator PLUS tu pun xtau nak jawab apa..bila dgr kata2 akak tu..

    ReplyDelete
  12. awak yg berjln awak kena la terima keadaannya tu kan ... klu nk berjln time musim cuti tu la nasibnye ... bertabah la ... xperlu kot nk marah2 buat malu je salah sendri tu

    ReplyDelete
  13. amboi2..lamanya cuti..syoknyalahh

    ReplyDelete
  14. rasa nya tu yang lama punya tu... bukan yang baru... recycle... tapi bahasa memang lah ganas...

    ReplyDelete
  15. best lah dpt cuti lama dan balik kg ... jam bkn perkara luar biasa . x yah la nak marah bagai ...

    ReplyDelete
  16. lamanya cuti...paling BEST bila cuti balik kg kan

    ReplyDelete
  17. kak fifi surrender la kalau nak balik time raye.. tak sanggup..

    ReplyDelete
  18. Cuti perayaan memang jalan mana2 jam.
    Akak tersekat perjalanan pulang ke Seremban dari Cameron Highland. Cramp dalam kete. Mujur anak-anak x meragam.

    ReplyDelete