Maaf yer tayang gambar je. hihi.

Alkisah hari Khamis lepas. Macam biasalah, saya akan ke Batu Pahat lepas habis kerja. So, malam tu keluar jalan-jalan cari makan dengan suami. Dia mengadu kepala pening je dah dua hari. Badan pun panas sikit. Dia cakap, takut-takut darah tinggi.(takde sejarah pun kena darah tinggi). Saya teringat akak kat office ada cakap yang buah naga baik untuk turunkan tekanan darah. So, kitorang singgah ke kedai buah. Saya turun beli buah naga untuk suami. Ambil 2 biji, RM 10. Tiba-tiba mata ni ternampak buah delima. Eh sedapnya, sebab merah dan besar. Terus beli. Sebiji tu RM 8.

Balik rumah simpan dalam peti ais dulu sebab perut dah kenyang. hihi.. Hari sabtu tu barulah makan. Alhamdulillah, sedap.. Manis-manis buahlah kan. Dengan warnanya yang merah terang. Selalu dok makan yang merah pudar tu je. Habis sebiji sorang je makan hari tu jugak. hihi.

Nanti balik Batu Pahat hujung minggu ni nak beli lagilah :)