Sesekali makan Nasi Kerabu, emmm sedapnya. Ni kisah hari Rabu lepas. Ada jamuan perpisahan di office. Sempena pertukaran Kak Wanie ke Jabatan luar dan kenaikan pangkat Kak Nora seterusnya bertukar keluar juga. Sedihnya dengan pertukaran Kak Wanie. Sahabat, kakak, jiran di office.. Eh, eh kembali kepada cerita nasi kerabu yer. Jangan nak melalut. Hihi.

Teringat masa bujang dulu, kerja di KL. Kalau bulan puasa, selalu beli nasi kerabu dengan akak yang berniaga di luar kawasan flat.Cepat je habis nasi kerabu akak tu tau.  Sedapnya rasa nasi kerabu dia. Lain tau. Emm ni yang buat rindu ni! 

Tapi, bila dah bertukar ke Jb dah jarang makan dah. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah jatuh cinta dengan macam-macam masakan yang lain kot. Ada laksa johor, mee rebus Hj Wahid, Kacang Pool Haji, Mee Racun, Mee Bandung, Otak-otak, Soto, lontong. Aduhai, macam manalah tak mengembang badan ni. Hahahha... Nasi kerabu pula dah jadi macam menu wajib di office kalau ada jamuan. Hihi.

Ok la tu je untuk kali ni. Eh eh mana resepi? Tajuk kat atas resepi nasi kerabu. Mana resepinya? Minta maaf bebanyak, makan tahu. Buat tak tahu. Hihi. Memang tak pernah buatlah. 

Gambar kat atas tu nasi kerabu makan dengan ayam percik, solok lada, daging bakar. Aihhhh sedap! 
Alhamdulillah ;)