Tuesday, April 05, 2022

5 MAKANAN UNTUK KEKALKAN TENAGA DI BULAN PUASA

MAKANAN UNTUK KEKALKAN TENAGA DI BULAN PUASA.| Assalamualaikum. Ramai yang mencari tips-tips untuk kekalkan tenaga semasa  berpuasa dari sudut pemakanan. Taknaklah baru separuh hari, dah lembik semacam. Letih tak bermaya je orang tengok. 

Di sini Cik Rose kongsikan 5 makanan untuk kekalkan tenaga di bulan puasa. Tak salah kita mencuba. Mana yang sesuai dengan tubuh badan, kita teruskanlah. 



5 MAKANAN YANG HARUS DICUBA WAKTU BULAN PUASA

1. OAT
Bagus untuk jantung dan mengurangkan kolestrol. Juga memberikan tenagayang berpanjangan. 

2. TEMBIKAI
Jus tembikai sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Vitamin C yang tinggi juga meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. 

3. MADU
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.

4. JUS SUSU KURMA
Boleh diminum setelah dikisarkan (kurma) bersama susu segar. 

5. ROTI SERAT
Boleh dimakan bersama dengan hirisan pisang dan mentega kacang ataupun nutella. 

 

11 comments:

  1. mkn overnight oat je.. letak oat susu kurma n kismis.. best

    ReplyDelete
  2. saya tak boleh makan kurma sebab manisnya buat sya sakit gg..last year mmg amal makan kurma

    ReplyDelete
  3. betul2 akak pnh try jgk mkn oat mmg rasa lain dr tlan nasi... tp mana yg dh jns perut melayu tak mkn nasi mcm tak bersemangat je

    ReplyDelete
  4. yui biasa sahur susu n kurma.. kdg2 je makan bnda len.. nasi mmg x mkn time shur.. sbb kalau mkn, pg2 akan cpt rasa lpr..huhuhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    hr nie bz skit x sempat BW ..
    singgah kejap je

    ReplyDelete
  6. saya tak boleh tak makan nasi,mesti lapar..huhu.sebab metabolisme tinggi kot.

    ReplyDelete
  7. jijah sahur xleh xmakan sahur...tengahari da rasa nak pitamm

    ReplyDelete
  8. puasa kali.ni ciksu byk mnm air, kurma n oat j.
    tembikai last year masa Ngandung.so far alhamdulillah. bertenaga la sampai boleh masak hari hari kan.dgn tgh sarat masa tu.

    ReplyDelete
  9. aida ari tu x puasa.
    makan kurma aje kat opis.
    alhamdulillah kenyang :)

    ReplyDelete
  10. sy sahur dengan air kosong jerrr...hihhiihi...xlalu sgt nk makan

    ReplyDelete