Assalamualaikum
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Kita masih bersama. Syukur,Alhamdulillah.
Tempoh 4 tahun yang penuh warna-warni kehidupan. Berbagai rasa yang kita lalui bersama. Bukan satu tempoh yang sekejap atau lama. Waktu berjalan pantas, membuatkan kita tak terasa kehadiran tahun demi tahun hingga kini.
Dalam waktu ini, kita masih macam dulu.
Tak berubah.
Cuma fizikal kita berbeza. hihi.
Tahun pertama - Sorang di KL, sorang di JB.
Tahun kedua - Masing-masing di KL.
Tahun ketiga dan keempat - Sorang di Batu Pahat, sorang di JB.
Kini - Masing-masing di Batu Pahat.
Alhamdulillah.
Manis yang kita rasa membuatkan kita bahagia. Terkadang pahit menyinggah tekak, namun tak membuatkan kita memuntahkannya. Kerana manis itu telah menghilangkan sedikit kepahitan.
Asam garam kehidupan mematangkan kita untuk mengharungi detik demi detik.
Minat yang sama dalam sesetengah perkara membuatkan kita lebih akrab.
Walau remeh di mata mereka, itulah yang membuatkan kita bertambah kasih!
Menonton bola di stadium sambil bersorak riang, sesekali menyatakan protes.Makan kuaci berbungkus-bungkus. Oh itu manis!
Mencari makanan untuk 'anak-anak'. Mencari tempat tinggal yang terbaik untuk 'anak-anak'. Oh itu manis!
Anak-anak merujuk pada Chit Chit (Ikan kelisa), Mono (ikan nemo), Chet Chet (burung murai batu), Nini ( burung murai batu sabah) dan lain-lain.
Memancing dan mengail berdua. Walau hasilnya terkadang tak seberapa. Oh itu manis!
Naik motor berdua, ronda satu JB sampai pukul 3, 4 pagi. Oh itu manis! Rindu saat-saat itu di JB. Sekarang dah tak buat sebab duduk di Batu Pahat. Tak boleh keluar kem lepas 10 malam :) hikhik.
Memasak berdua dengan riuh rendah suara, sengaja kondem masakan pasangan, sengaja tambah garam lebih. Oh itu manis!
Berebut nak balik kampung sapa dulu, perkiraan hari di kampung masing-masing. Oh itu manis.
- Moga kita masih begini dan terus begini melalui hari -hari mendatang. Sentiasa manis bersama.
Juga, semoga kita dimurahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat. Doa dari keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Doa dan usaha bersungguh seiring.
29 Comments
happy wedding enibersari dear semoga terus bahagia hingga ke syurga
ReplyDeleteterima kasih banyak -banyak untuk doa itu :)
DeleteInsyaÁllah...bersangka baik setiap yang terjadi...
ReplyDeletesemoga ikatan itu sentiasa terikat walaupun sejauh mana pun :)
Alhamdulillah . terima kasih.
DeleteHAppy ANnniversary Kak Ros :) Semoga sentiasa manis hingga ke Jannah :)
ReplyDeletetq Cik Mimie :)
Deletesweetnya... selamat hari ulangtahun.. semoga berkekalan hingga ke jannah~!
ReplyDeleteterima kasih kak :)
DeleteOh itu manis . hihi . hapi anniversaryy sis .
ReplyDeletehihi. terima kasih :)
Deletehappy anniversary
ReplyDeleteTerima kasih kak Anum
Deletehappy anniversary Ros...semoga tetap sentiasa manis bersama pasangan.
ReplyDeleteTerima kasih.... aminn
Deletealhamdulillah..kekalkan Allah yg utama, insyaAllah bahagia :)
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan ini.
Deletealhamdulillah Kak Ros.. weeee <3 <3
ReplyDeletetahniah... moga bahagia sentiasa..
Thanx Ct... Alhamdulillah.
Deletealhamdulillah ~
ReplyDeletesemoga terus bermanis-manisan...
Terima kasih!
Deleteaamiin
ReplyDeletekekalkan :)
bab blk kg dh lali, kan
bab memancing ciksu xbrpa sgt dgn suami.
sbb ciksu x mnt
blh dikatakan ciksu dgn suami byk perbezaaannya. ada je x sebulu pndpt..
Bab balik kampung tu, kadang sengaje je nak menyakat. Hahahah.
DeleteAda persamaan, ada perbezaan :)
awww. sweet sangat kak Ros and asbeng. semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah. amin :)
ReplyDeleteAminn. Tq Amy untuk kiriman doa buat kak Ros.
DeleteHappy 4th Anniversary, Ros. Moga terus melakar memori indah bersama :)
ReplyDeleteTerima kasih kak Farrah ;)
DeleteBarakallahufikum...
ReplyDeleteSemoga sejahtera bersama sampai syurga... insya Allah...
Aminn. Terima kasih.
DeleteA very nice monolog, ros.
ReplyDeleteaida aida doakan ros dikurniakan cahayamata yg comel2 dan cerdik pintar.... aminnn...