Assalamualaikum




Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita masih bersama. Syukur,Alhamdulillah.

Tempoh 4 tahun yang penuh warna-warni kehidupan. Berbagai rasa yang kita lalui bersama. Bukan satu tempoh yang sekejap atau lama. Waktu berjalan pantas, membuatkan kita tak terasa kehadiran tahun demi tahun hingga kini. 

Dalam waktu ini, kita masih macam dulu. 

Tak berubah.

Cuma fizikal kita berbeza. hihi.

Tahun pertama - Sorang di KL, sorang di JB.
Tahun kedua - Masing-masing di KL.
Tahun ketiga dan keempat - Sorang di Batu Pahat, sorang di JB.
Kini - Masing-masing di Batu Pahat.

Alhamdulillah.

Manis yang kita rasa membuatkan kita bahagia. Terkadang pahit menyinggah tekak, namun tak membuatkan kita memuntahkannya. Kerana manis itu telah menghilangkan sedikit kepahitan.

Asam garam kehidupan mematangkan kita untuk mengharungi detik demi detik.

Minat yang sama dalam sesetengah perkara membuatkan kita lebih akrab. 

Walau remeh di mata mereka, itulah yang membuatkan kita bertambah kasih!

Menonton bola di stadium sambil bersorak riang, sesekali menyatakan protes.Makan kuaci berbungkus-bungkus. Oh itu manis!

Mencari makanan untuk 'anak-anak'. Mencari tempat tinggal yang terbaik untuk 'anak-anak'. Oh itu manis! 
Anak-anak merujuk pada Chit Chit (Ikan kelisa), Mono (ikan nemo), Chet Chet (burung murai batu), Nini ( burung murai batu sabah) dan lain-lain.

Memancing dan mengail berdua. Walau hasilnya terkadang tak seberapa. Oh itu manis!

Naik motor berdua, ronda satu JB sampai pukul 3, 4 pagi. Oh itu manis! Rindu saat-saat itu di JB. Sekarang dah tak buat sebab duduk di Batu Pahat. Tak boleh keluar kem lepas 10 malam :) hikhik.

Memasak berdua dengan riuh rendah suara, sengaja kondem masakan pasangan, sengaja tambah garam lebih. Oh itu manis!

Berebut nak balik kampung sapa dulu, perkiraan hari di kampung masing-masing. Oh itu manis.

- Moga kita masih begini dan terus begini melalui hari -hari mendatang. Sentiasa manis bersama.

Juga, semoga kita dimurahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat. Doa dari keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Doa dan usaha bersungguh seiring.