Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Moga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Jerebu masih melanda. Jangan lupa minum air masak banyak-banyak dan hadkan aktiviti di luar. Pagi ni datang kerja naik motor. Aduhai, terasa tebal jerebunya. Takde pulak bekalan 'mask'. Nak tak nak, harungi jugak. Terasa sesak jugak. 

Lama tidak menulis. Bukan menyepi. Ada je ni. Buka juga blog, baca komen dari kawan-kawan. Singgah jugak blog teman-teman sebagai 'silent reader'. 

Sejak kebelakangan ini, banyak yang berlaku pada diri.Tak terkejar rasanya. 

InsyaAllah, akan terus menulis di blog ini. Blog kesayanganku :)