Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya hari ni? Moga semuanya sihat sahaja yer.
Pagi ni Cik Rose nak kongsikan satu doa. Iaitu Doa Nabi Zakaria. Usaha buat kita untuk memperolehi zuriat. Moga dipermudahkan. Sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.
Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai keinginan memiliki zuriat. Setiap wanita ingin mengandung. Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Setiap dari kita miliki cerita tersendiri. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Kita usaha sedaya upaya, jangan pernah berputus asa. InsyaAllah, ada jalan.
Cik Rose sendiri diuji, dan masih berusaha. Moga dipermudahkan buat semua yang sedang berusaha ingin memiliki zuriat sendiri. Jangan sedih-sedih yer. (Tapi hati wanita ni lembut. Cik Rose sendiri pun masih menangis bila dikaitkan hal zuriat ni. ) Hati ni cepat benar terasa. hihi. Tak ape, air mata tu kan macam terapi buat diri kita. Bila dia dah keluar, lega rasa hati. Alhamdulillah.
Doakan buat Cik Rose dan semua yang menanti agar dimurahkan rezeki untuk mengandung :)
Doakan buat Cik Rose dan semua yang menanti agar dimurahkan rezeki untuk mengandung :)
4 Comments
jom amalkan
ReplyDeletesama² kita berusaha..InsyaÁllah...
ReplyDeletenanti sampai rezeki Rose..insyaAllah..rajin berdoa..
ReplyDeleteamin yarabbal alamin
ReplyDelete