Thursday, June 09, 2016

MOHON KURSUS DI INTAN


Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik yer. 
Alhamdulillah, hari ni 4 Ramadhan 1437H.

Hari ni nak cerita mengenai INTAN. Bukan intan payung, bukan intan berlian,. hihi.

Tapi INTAN yang dimaksudkan Cik Rose ialah Institut Tadbiran Awam Negara.



 Buat penjawat awam, mesti sinonim dengan INTAN kan? Yelah, tempat kita memohon kursus. hihi. Bagi Jabatan yang selalu menganjurkan kursus, tiada masalah kan. Tapi, bagi Jabatam yang terhad tawaran kursus, kakitangan awam di jabatan tersebut perlu memohon kursus di Agensi luar. Tentulah INTAN menjadi pilihan, kan?

Kalau sebelum ni, kakitangan awam wajib menghadiri kursus selama 7 hari setahun. Tahun ini tidak lagi. Mulai tahun 2016, ianya tidak wajib dan tiada halangan sekiranya kakitangan awam telah atau ingin menghadiri kursus. Boleh rujuk surat penangguhan dari JPA di : PENANGGUHAN PELAKSANAAN DASAR BERKURSUS.

Cik Rose sendiri berpengalaman berkursus di INTAN iaitu di INTURA di Sungai Petani, Kedah. Dah INTURA tu apa pula? Untuk maklumat, cawangan-cawangan INTAN di negeri tertentu ada nama singkatannya tersendiri. Kat sini Cik Rose sertakan yer :

* INTAN Bukit Kiara
* INTIM (INTAN Timur terletak di Kemaman,Terengganu)
* IKWAS (INTAN Wilayah Selatan terletak di Kluang, Johor)
* INTURA (INTAN Wilayah Utara terletak di Sungai Petani, Kedah)
* INTAN Sabah
* INTAN Sarawak 

Cik Rose pernah menhadiri Bengkel Pengurusan Tatatertib di INTURA pada 7 Mac 2016 hingga 9 Mac 2016. Pengalaman yang berharga buat Cik Rose. Banyak ilmu yang Cik Rose dapat. Alhamdulillah. Sepanjang berkursus, Cik Rose tak ambil penginapan sebabnya Cik Rose duduk kat rumah family la. hihi. Kira macam sambil menyelam minum air. Cik Rose balik kampung. hihi. Tapi, jangan risau. Penginapan yang disediakan amat selesa. Bab makan pun best ! Yuran bayaran adalah sebanyak RM30. Tapi, boleh buat tuntutan kembali di Jabatan masing-masing.

Kat sini jugaklah Cik Rose jumpa blogger HARYATI FAIZAL.  Tapi, Kak Yati kursus lain. Tak sempat bergambar. hihi..

Untuk korang yang nak mohon kursus di INTAN, boleh ke sini yer : 

Cik Rose ada jugak try mohon lagi, tapi tak berjaya setakat ni. Mungkin sebab dah dapat tawaran hari tu.  Bagi peluang pada yang lain pula.

  

No comments:

Post a Comment