Assalamualaikum.
Hari ni Cik Rose diserang sakit kepala lagi. Migrain.. Baru ahad lepas kena. Pagi ni bangun pagi, sakit balik.
Puncanya, mungkin tidur dalam cahaya. Huhu. Akibatnya kenalah tanggung. Sabar..
Mula-mula fikir nak ke klinik. Tapi pukul 9 pagi, Cik Rose gagahkan diri ke pejabat.. Dalam pukul 11 lebih tadi tak tertahan pula. Tu yang balik untuk ke klinik. Sebenarnya memang tak nak ajar diri ni makan ubat. Nak semulajadi jer. Tu yang mencari-cari maklumat di internet. Cik Rose jumpa banyak petua.
Di sini Cik Rose kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Petua merawat migrain.
Merendam tangan dalam air yang dingin.
-merendam kedua-dua tangan di dalam air sejuk/dingin selagi boleh. Ia boleh membantu meredakan kesakitan migrain dengan cepat.
Berada dalam bilik yang gelap.
-benar. Kalau kita kena migrain, memang bertambah sakit kalau ada cahaya. Cik Rose ni bukan takat cahaya, kalau bunyi yang bising pun menambahkan lagi sakit kepala Cik Rose ni. Jadi, jika nak cepat lega, elakkan cahaya dan bunyi. Ubatnya, tidur :)
Mengambil sedikit kaffien.
-sikit je.. jangan banyak pula. Nanti bertambah kesakitan tu.
Letakkan benda yang panas di kepala.
-contohnya letak botol minuman yang diletak air panas(agak-agak je. Jangan panas sangat!) di bahagian yang sakit. Insyaallah, lega sementara. Sedap je rasa bila kita tekan sikit-sikit kat kepala.
Mengawal pemakanan.
-bagi perempuan yang sedang haid, kadang-kadang mudah diserang migrain. Jadi, jangan mengambil makanan bergaram terlalu berlebihan.
Elakkan stress atau terlalu penat.
-ini memang perlu diambil berat!
Sekian, moga membantu.
1 Comments
tq untuk petuanya
ReplyDelete