Monday, December 13, 2021

RESEPI LAKSA PENANG YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI LAKSA PENANG YANG MUDAH DAN SEDAP.
Assalamualaikum.

Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi Laksa Penang yang senang. Bukan sahaja senang, malah sedap rasanya.


Resepi Laksa Penang 

1 kg ikan kembung
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar 
9 biji cili api (ikut tahap kepedasan anda) 
Sedikit belacan (bakar- Cik Rose cucuk garpu bakar kat dapur gas je)
3 kuntum bunga kantan
Daun kesom (ikut citarasa)
Asam keping
Garam

Laksa - direbus bersama asam keping

Bahan rencah:

Timun 
Bawang besar
Nenas
Telur-direbus
Limau kasturi
Cili merah/cili padi

Cara-cara buat kuah laksa:

1. Rebus ikan kembung bersama asam keping.
2. Sementara tu, kisar bawang merah, belacan yang dah dibakar, cili kering dan cili padi.
3. Selepas tu, asingkan isi ikan dan tulang. Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi. Setelah itu, kisar pula tulang ikan juga bersama air rebusan tadi. Jangan lupa untuk tapis setelah dikisar. Nanti terlekat tulang pula kan. Hihi.
4. Masukkan semua bahan yang dah kita kisar ke dalam periuk. Juga terus letak asam keping, bunga kantan, daun kesom. 
5. Buka api perlahan je ye. Jangan besar api tu.
6. Biarkan mendidih, perasakan dengan garam. Siap!


Kat gambar ni, tak ada telur sebab Cik Rose lupa nak beli. Hihi. 

Laksa penang ni memang kesukaan Cik Rose. Buat sekali, boleh makan berhari-hari. Kuah laksa ni makin kita perangat, makin sedap. Rasa dia sebati, kan. 


Boleh tambah keropok ikan. Sedap. Kuahnya boleh juga makan dengan bihun goreng. Yummy!

Selamat mencuba.

Moga bermanfaat.





6 comments: