Friday, October 28, 2016

BELI TELEKUNG AMEENA DARI NENG GEULIS

Assalamualaikum.

2 minggu lepas Cik Rose ada beli Telekung Ameena dari Neng Geulis. Tertarik nak beli lepas tengok di facebook. Berkenan pula dengan warnanya. Tapi, rupanya masa telekung ni baru keluar, ada offer hanya RM100. Oleh kerana Cik Rose terlewat, dapatlah harga RM150.00. Cik Rose beli dari lama web neng geulis. Cas postage RM8. Jadi, jumlahnya RM158.00. 


Inilah dia telekung Ameena tu. Berkenan sangat dengan warnanya. Dusty Purple. Cik Rose panggil purple belacan ja. Hahaha. 


Di bahagian dagu, dijahitkan kain cotton lembut macam kain inner neck tu.  Lepas tu di bahagian muka iaitu dahi memang selesa. Melekap jer. Kainnya dijahit getah. Jadi tak perlu nak ikat-ikat. Memang tak terlondeh. 



Ada dapat free gift. Shampoo sunsilk. Jadi la kan. Dengan voucher diskaun untuk pembelian seterusnya. 



Sesekali berbelanja, tak apalah kan. Alhamdulillah. 

Terima kasih sudi singgah blog Cik Rose. Psssst esok Deepavali. Ramai yang bercuti yer? Hati-hati dalam perjalanan yer. 

Updated: Baru lepas tengok fb neng geulis. Offer lagi RM100 pada 28 Oktober 2016. Cik Rose? Cik Rose rasa dipermainkan. Haha. Strategi apa ni. Kenapa tak diselaraskan harga betul-betul. Seolah-olah membuat hati pelanggan tidak keruan memikirkannya. Hihi. Beza RM50 kot! Banyak tu. Tak apalah.. Terima je la. Tapi, cukup sekadar itu sahaja kot buat Cik Rose. Terguris hati ni! Sabar je lah. Hihi.



2 comments: