Wednesday, November 09, 2016

JATUH CINTA DENGAN WANGIAN ENCHANTEUR PARIS !

Assalamualaikum.

Cik Rose nak tanya ni. Korang suka tak apa-apa produk rangkaian dari Enchanteur? Jujur cakap, Cik Rose memang pakai losyen Enchanteur tau. Yang warna pink tu. Wanginya bau dia. Tak melekit! Boleh rujuk entry ni:Losyen enchanteur pilihan hati .


Cik Rose jatuh cinta dengan bau dia. Kekal lama. Tu yang memang suka pakai losyen dia. Sebut je Enchanteur, mesti semua dah tahu kan. Bagi Cik Rose, produk ni 'glamour' la buat gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana. Kan, kan, kan?





ENCHANTEUR ni  adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, yang mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Bukan saja ada losyen, tapi ada jugak deodorant dan semburan wangian. Satu set lengkap. Jangan susah-susah nak fikir dah. Senang kan, beli jer semua :)





SEMBURAN WANGIAN

DEODORANT

LOSYEN


Tadaaaa, inilah yang Cik Rose terima baru-baru ini. Deodorant  (Mon Amie), Semburan Wangian (Adore) dan Losyen (Belle Amour). Losyen tu. Losyen tu! Hihihi.. Memang jadi peneman setia Cik Rose pun!




Cik Rose suka tengok ilustrasi pada produk Enchanteur ni. Cantik sangat dengan warna yang lembut. Meh nak cerita sikit mengenai 3 jenis wangian Enchanteur ni iaitu MON AMIE, BELLE AMOUR dan ADORE.

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie




 Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan korang paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Rasa fresh je tau. Sesuai sangat untuk korang yang 'happy go lucky' tu!


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 




Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Yang ni memang Cik Rose suka sangat! Kena dengan jiwa bau dia ni. hikhik.
  
ENCHANTEUR PARIS Adore



ENCHANTEUR PARIS Adore pula adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan.  Bau dia sweet sangat.



Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. 


Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. 

Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Korang boleh dapatkan angkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS  di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Memang senang nak cari produk ni. Tak payah pening-pening fikir nak beli dari mana. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR korang boleh layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY






3 comments:

  1. wah sronoknya dapat ! nak jugak sob sob 😢😢
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wangi erk...rietta blom pernah cuba lg...

    ReplyDelete