DIET CARA MUDAH KURUS DALAM MASA YANG SINGKAT

Assalamualaikum.

2016 bakal menuju ke penghujungnya. Beberapa hari je lagi nak bertemu 2017. Cik Rose bukan nak cerita bab Azam tau. Ramai yang tanam azam pada awal tahun. Dan berapa ramai yang dapat kecapinya? Berapa ramai azamnya jadi realiti? Atau hanya tinggal azam jer. Cik Rose tak pernah ada azam sangat. Cuma ada sedikit perancangan atau target sahaja. 

Kurus. Ramai yang berazam nak kurus pada awal tahun. Dan berapa ramai yang dapat turunkan berat badan sebelum tiba hujung tahun? Tahniah bagi yang berjaya. Bukan mudah nak kurus. Displin tu kuncinya kan. Jangan buat sekerat jalan, macam hangat-hangat tahi ayam jer.


DIET.
Ramai yang berdiet. Cuma, caranya berbeza. Ada yang cuba diet kalori. Ada yang cuba diet ATKIN. Cubalah yang sesuai dengan badan korang. Jangan paksa diri kalau tak mampu kan. hihi. 
Jangan diet je, tapi tak de aktiviti fizikal pula. Kena senaman juga. 

Dekat facebook ramai yang share senaman untuk kurus. Ada gambar, ada video. Hihi. Cik Rose pun rajin share. Eh share je?. Buat ke tidak ni. Opsss No komen!

Kat bawah ni salah satu cara senaman yang boleh bakar lemak-lemak degil korang. Jomlah cuba :)


Banyak sebenarnya cara senaman yang boleh kita buat. Cuma nak dengan tak nak jer. 

10 cara turunkan berat badand dengan mudah! Wahhh mudah ke tidak ni? 


  • Aktifkan diri. berjalan, berjalan dan berjalan.
  • berhenti makan dengan banyak. Kunyah perlahan-lahan.
  • Jangan elak sarapan. Mesti sarapan setiap hari. Untuk bekalkan tenaga pada tubuh badan.
  • Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • Cuba senaman YOGA.
  • Buat aktiviti luar macam joging ke, berbasikal ke.
  • Work out. Kalau tak nak pergi Gym, buat kat rumah jer.
  • Pantau berat sendiri. 
  • Berhenti minum air bergas!
  • Makan buah-buahan. Serat penting untuk badan kita.



Alalala.. pandai bagi tips jer Cik Rose ni. Nak buat tu, aduhai. Sekerat jalan. Apa nak jadi ni? 
Moga Cik Rose kuat! hihi.

Jalani gaya hidup yang sihat. Sihat dalaman dan sihat luaran gitu. Jom sama-sama sihat! 



Post a Comment

9 Comments

  1. MV alhamdulillah berjaya turunkan berat sebanyak 10 kg tahun ni...

    ReplyDelete
  2. Dulu aku pun gemuk gak berat smpai 90kg. Sekarang OK la sikit. Bila berat dah turun ramai orang yang terkejut sebab kat Malaysia ni takde sapa sangka orang gemuk boleh turunkan berat badan.

    Rahsianya makan kena beragak je. Kat sini ada detail cara nak makan untuk kurus yang aku rasa ramai yang mampu ikut. Aku punye diet dulu pun lebih kurang macam ni jugak.

    ReplyDelete
  3. Sama juga dengan AM..
    Nak share tips mudah je..Tapi kalau nak buat sendiri tu..
    Adeiiii

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. sama2 lah kite cuba yg tebaik ye cik rose...

    akak tiap tahun azam sama nk kurus tp kelaut...
    tp takpe, yg penting kita ada azam nk berubah dr tkade azam langsung

    ReplyDelete
  5. Air gas memang boleh buat berat badan naik.nak kurus jugak nih

    ReplyDelete
  6. Hahahaa. Azam nak kurus nih dari zaman tok kaduk tau tak. Uyul tak kurus kurus punn hahahaha. Acaneeee??

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cik rose...wah !! byk tips2 yg baik ni...semoga berjaya yer...:)

    ReplyDelete