DAY 12 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - PENGALAMAN SERAM

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Untuk cabaran hari ke 12. Pengalaman seram. Aduh duh duh... Seram Cik Rose nak cerita ni. Cik Rose bukanlah dalam kategori berani, bukan juga kategori penakut. Bab-bab mistik ni Cik Rose tak nak ulas dan tak cerita. Mesti rakan-rakan blogger yang lain dah cerita pengalaman seram berkenaan hal mistik ni kan. 

Jadinya, Cik Rose ambil sikpa berkecuali dalam hal ni. hihi.

Cik Rose tetap akan bercerita pengalaman seram tapi dari aspek berlainan. Apa yang menyeramkan buat Cik Rose di bulan Januari 2017 ni? Cik Rose tak boleh lalu dekat kedai The Face Shop, Elianto, Watson. Guardian dan sewaktu dengannya! Yes, betul.

Seram betul kalau lalu berhampiran kedai-kedai tersebut. Macam ada sesuatu yang menarik-narik tangan dan kaki Cik Rose tau. Tarik suruh masuk dalam. Penyudahnya, terbeli mask made in Korea, losyen, shampoo,perfume, segala cream-cream dan banyak lagi. Januari 2017 ni mood cantik on pula. #moodcantikon #beautyofcikrose .




Bukanlah bermaksud Cik Rose kata Cik Rose cantik. Perasan pulak kan. Cuma, Januari 2017 ni Cik Rose sukakan benda-benda kecantikkan. Tukar pencuci muka baru. Beli make up baru. Beli mask buat stock. Beli losyen. Beli inner shine! Hahahha menyeramkan! Nak-nak pula kat facebook ramai yang share tips kecantikan ala-ala Korea, lagilah membuak-buak rasa tu. Aduh duh duh.. Tolong.. Kering poket! Korang boleh ke Instagram Cik Rose untuk lebih gambaran keseramannya. --->> www.instagram.com/roshazareeza_ruslan


Sekian Cerita seram dari Cik Rose. Berapa tahap keseramannya? hikhik :)

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger


Post a Comment

3 Comments

  1. Huwaaa rajinnye join cabaran 31 hari.. Lea doakan semoga berjaya.. chayokk chayokk..

    ReplyDelete
  2. nasib baik saya tak ketagih masuk kedai2 beauty and wellness tu. kalau tak rabak poket nanti.hihi

    ReplyDelete