Assalamualaikum.
Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER
Cabaran hari ke 17 hari ni kena
ceritakan berkenaan kenangan pahit. Apa? Kenangan pahit? Tahun 2017 ni, kalau
boleh nak stay positive. Tak nak ingat kenangan pahit. Hihi, boleh tak kalau
nak skip cabaran ni? Opsss..
Kenangan pahit. Walau pahit yang
kita rasakan, nanti bila waktu bergerak, kita akan rindukan kenangan tu balik.
Betul tak? Bila duduk sorang-sorang mulalah mengenangkan kembali.
Sebenarnya Cik Rose tak tahu nak klasifikasikan
kenangan pahit tu macam mana. Adakah kenangan pahit adalah kenangan yang
menyedihkan?
Cik Rose tak berniat nak kongsikan kenangan pahit. Biarlah ia tersemat di sanubari. Eh ade ke kenangan pahit ni? Sebenarnya tak ada. Cik Rose tak anggap sesuatu yang terjadi itu sebagai kenangan pahit. Ianya adalah sejarah kehidupan Cik Rose dan biarlah ia menjadi kenang-kenangan sendiri sahaja.
Nak cerita bab lain dalam entry ini. Maaf bukan berkaitan kenangan pahit yer. Kita tukar topik sekejap. Sekadar luahan dari hati. Tak ada kaitan dengan kenangan -kenangan.
Soal zuriat.
Soal anak.
Soal mengandung.
Agak sensitif.
Agak beremosi ketika Cik Rose coretkan di sini.
Cik Rose tak berniat nak kongsikan kenangan pahit. Biarlah ia tersemat di sanubari. Eh ade ke kenangan pahit ni? Sebenarnya tak ada. Cik Rose tak anggap sesuatu yang terjadi itu sebagai kenangan pahit. Ianya adalah sejarah kehidupan Cik Rose dan biarlah ia menjadi kenang-kenangan sendiri sahaja.
Nak cerita bab lain dalam entry ini. Maaf bukan berkaitan kenangan pahit yer. Kita tukar topik sekejap. Sekadar luahan dari hati. Tak ada kaitan dengan kenangan -kenangan.
Soal zuriat.
Soal anak.
Soal mengandung.
Agak sensitif.
Agak beremosi ketika Cik Rose coretkan di sini.
Korang.. setiap wanita yang
bergelar isteri mempunyai naluri ingin menjadi ibu. Namun, kita merancang,
Allah juga sebaik-baik perancang. Dia yang menentukan apa yang terbaik untuk
hambaNya. Dia jualah yang merencanakan waktu terbaik buat hambaNya. Siapa kita
untuk mempersoalkan?
Seperti wanita lain, Cik Rose
juga mempunyai keinginan untuk bergelar ibu. Usia pernikahan sudah menjangkau 5
tahun. Cik Rose masih berdoa dan berusaha agar dipermudahkan jalan untuk
bergelar ibu. Korang…minta tolong kirimkan doa buat Cik Rose dan suami agar
kami dapat bergelar ibu ayah.
Di awal usia pernikahan, Cik Rose
lah paling excited setiap bulan menantikan keputusan positif. Tunggu..dan
tunggu..Namun tak berhasil. Bohonglah kalau tak sedih dan kecewa. Air mata jadi
peneman Cik Rose masa tu. Tapi, Cik Rose tak pernah putus asa. Walau diuji dengan
jarak. Maklumlah masa tu PJJ. Cik Rose fikir positif, mungkin ada hikmahNya. Cik Rose tak mengeluh. Itu
pilihan Cik Rose. Allah tahu apa yang terbaik buat kami. Insyaallah, ada
jalanNya. Cuma kita perlu bersabar, berusaha dan berdoa.
Cik Rose bersyukur memiliki suami
yang benar-benar memahami dan tidak pernah mempersoalkan hal zuriat. Tak pernah
menyalahkan sesama sendiri. Alhamdulillah. Keluarga di kedua-dua belah pihak
juga tidak pernah mendesak dengan soalan-soalan pedas. Alhamdulillah.
Cuma, memang lumrah manusia. Suka
mempersoalkan yang bukan-bukan. Cik Rose tak pernah kisah jika kenalan/jiran
atau sesiapa yang bertanyakan soal zuriat pada Cik Rose. Alhamdulillah, bila
diorang tanya, Cik Rose minta mereka doakan buat kami. Namun, Cik Rose
tersentuh dengan individu-indvidu yang bertanya dan mempersoalkan tentang usaha
kami. Perlukah Cik Rose nyatakan segala usaha kami kepada mereka? Tolong fahami
dan selami perasaan kami.
Rezeki..
Siapa kita nak mempersoalkan rezeki?
Siapa kita nak mempersoalkan rezeki?
Ada orang di berikan kesihatan
yang baik, itu rezeki.
Ada orang dikurniakan pasangan
yang baik, itu rezeki.
Ada orang memiliki keluarga yang penyayang,
itu rezeki.
Ada orang mendapatkan kerja yang baik, itu
rezeki.
Ada orang memiliki anak yang
ramai, itu rezeki.
Ada orang yang bebas hutang, itu
rezeki.
Rezeki datang dalam pelbagai
bentuk, syukurilah.
Di kesempatan ini, Cik Rose
rakamkan ucapan terima kasih buat semua yang sudi kirimkan doa buat kami agar
dimurahkan rezeki memiliki zuriat. Cik Rose juga doakan buat kawan-kawan yang
lain yang sedang berusaha juga memeliki zuriat.
Cik Rose sertakan doa untuk mendapat zuriat, perkongsian bersama. Moga bermanfaat.
Kalau korang ingin kongsikan pengalaman atau apa –apa altenatif yang korang lakukan untuk mengandung, sudi-sudilah berkongsi dengan Cik Rose yer. Cik Rose hargainya.
Maaf jika entri ini sedikit beremosi.
Cik Rose hanya insan biasa.
Sekian, terima kasih.
#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
4 Comments
Hye Che rose..
ReplyDeleteSha doakan semoga segala usaha Che rose diperkenankan Allah..
Sha nak berkongsi tips.. Sha pun dapat dari seorang sepupu dan Alhamdulillah.. berhasil..
Sha amalkan makan vitamin acid folic jenama Appeton, Sha makan secara konsisten selama 90 hari.. waktu malam sebelum tidur..
Hai. Terima kasih sudi berkongsi info tu dengan Rose :)
Deletebiasa lah orang ni.. ada je benda nak persoalkan. tapi bila kena batang hidung sendiri tau pula nak diam hehe. sabar ya rose
ReplyDeleteYe sabar ... sabar kuncinya
Delete