DAY 21 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - MAKANAN KEGEMARAN SELAIN MAKANAN MELAYU

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Hai. Cabaran seterusnya ialah makanan kegemaran selain makanan melayu di hari ke 21. Banyak sebenarnya yang Cik Rose suka. Tapi, entry kali ni nak letak satu menu jer. Hihihi. 

Fish & Chip!

Yes, suka sangat. Dulu tak berapa gemar tau. Tapi, bila makan dengan adik Cik Rose, dia selalu order fish & chip. Masa tu tertanya-tanya sedap ke tidak?. Lepas tu, Cik Rose try order pulak. Oooo sedap rupanya. Hahaha. Terus jadi feveret! Tapi, ikut kedai jugak. Ada sesetengah kedai jual fish & chip yang frozen tu.Tu yang tak gemar!

Kat bawah ni, Cik Rose tunjuk antara fish & chip yang Cik Rose suka. Dekat Secret Recipe. Nyum nyum .



Kalau kat Sungai Petani, Cik Rose suka fish & chip dekat Restoran DQ. Sedap tau. Area Penghulu Him tu. Orang Sungai PEtani mestilah tahu kat mana Penghulu Him tu :) Yang tu memang sedap. Cik Rose akan order spicy fish & chip. 

Sekian, cerita fish & chip dari Cik Rose. Hikhik.



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Post a Comment

1 Comments