Assalamualaikum.
Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER
Cabaran hari ke 25, gambar 3 tahun lepas dan kini. Aduhai... susah nak buat sebab gambar-gambar semua dalam pendrive. Pendrive tak de pula ni ha. Sebab tu dok bertangguh jer nak siapkan entry ni. Padahal cabaran kali ni mudah jer. Cuma letak gambar! Hihi.
Ok, kat bawah ni ialah gambar 3 tahun lepas. Mei 2014. Ingat tarikh tu sebab Mr Army buat suprise sempena birthday Cik Rose. Bangun pagi suruh siap kata nak gi Kl. Biar betul? Terkial-kial Cik Rose siap. Dari Jb pukul 8.30 pagi. Sampai KLCC dalam pukul 11 gitu. Terus masuk Aquaria. Kebetulan pukul 11.30 pagi, time ikan-ikan makan. Jadi, dapatlah tengok segala ikan berebut nak makan. Yang best masa tengok ikan pari! Terima kasih suami sebab suprisekan kita masa tu. Tapi yang sedihnya, dalam pukul 2 lebih dapat call dari kem. Ada kerja urgent! Bayangkan kitorang patah balik ke Jb! Hihi. Tapi bila ingat balik sekarang ni senyum sorang-sorang. Seronok sebab selalunya percutian kitorang uplanned. Kalau plan tak akan jadi punya sebab kekangan tugas suami. Bila tak plan, macam -macam program kitorang! Thank you again Mr Army. Love you!
Ok seterusnya gambar kini. Haa ni fresh from oven! Jalan-jalan cuti raya Cina baru ni. Tak plan jugak. Mr Army dapat weekend dari kursus. Balik rumah nak rest. Siapkan kerja 'sekolah' yang Jurulatih kasi. Gi cari segala barang-barang yang JL suh cari. Esoknya iaitu hari Sabtu gi breakfast kat Ramly Kopitiam. Tup-tup sampai rumah, Mr Army suh siap nak gi PD! Oh ohh.. terkejar-kejar siap nak gi PD! Balik hari jer. Tak tido sana sebab suami kena balik tempat kursus semula kan. Sempat gi Muzium Tentera Darat dan Pantai Teluk Kemang.
Sekian cerita untuk cabaran kali ni. Kesimpulannya, i like suprise-suprise gini! Hahahaha.
#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
0 Comments