Saturday, February 18, 2017

Susahnya Mencari Lipstick Yang Tahan Lama Di Bibir !

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Awal hari ni Cik Rose bersiaran. Apa khabar semuanya? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pagi ni nak cerita bab kecantikan - iaitu lipstick. Lipstick dan wanita tak dapat dipisahkan. Semua wanita sukakan lipstick kan? Eh tapi ada juga yang alah pada lipstick. Macam kakak Cik Rose, tak boleh pakai sembarangan lipstick. Nanti bibir jadi gatal dan naik biji-biji kecil. Ada pula kawan Cik Rose yang tak boleh pakai lipstick, nanti bibir jadi terlalu kering! 

Korang pula macam mana? 

Terus terang Cik Rose cakap. Dulu Cik Rose jarang beli lipstick dan jarang juga pakai lipstick. Cik Rose beli lipstick, tak pernahnya pakai habis. Dulu Cik Rose pakai Maybeline je. Yang jenis shine-shine tu. 

Pernah beli lipstick Simply Siti. Tapi, ianya tak sesuai dengan bibir Cik Rose. 

Nak tahu sejak bila Cik Rose berubah? Maksudnya dari yang tak kisah pasal lipstick, menjadi seseorang yang gilakan lipstick. Tak boleh tengok warna-warna yang cantik. Rasa nak beli je! Hihi. Sejak Cik Rose pindah Batu Pahat. Entah kenapa hormon wanita tu jadi tinggi. Suka pula bab-bab beauty ni. Hahaha. 

Korang boleh tengok dekat entry TIPS PEMILIHAN LIPSTICK . Cik Rose ada tunjukkan beberapa lipstick yang Cik Rose ada. Sudah pasti dari Maybeline. Yang lain adalah MAC, Silky Girl, Revlon, dan lain-lain. Boleh jengah entry tu yer. 

Ok, kat bawah ni lipstick yang terbaru yang Cik Rose beli dan cuba. Dari Mary Kay. Gel Semi Matte Lipstick Mary Kay. Cik Rose pilih warna Rich Truffle dan Mauve moment. Eh betul ke ejaan tu? Kalau salah, ampun ya! Best paai lipstick ni. Sesuai dengan bibir Cik Rose. Lembut jer. Dan warnanya pun cantik bagi Cik Rose. 


Ok, selain warna dan jenama lipstick, apa lagi yang korang titik beratkan masa pemilihan lipstick?  

LIPSTICK YANG TAHAN LAMA MENJADI IDAMAN SETIAP WANITA

Bagi Cik Rose, ketahanan lipstick di bibir tu menjadi idaman! Susah nak cari lipstick yang tahan lama di bibir. Pakai lawa-lawa, tapi bila minum atau makan hilang terus. Macam mana korang buat bagi lipstick tu tahan lama? Lipstick apa yang korang pakai? Teknik apa yang korang buat? Ehhh banyak pula soalan Cik Rose ni kan. Hikhik.

Cara supaya warna lipstick tahan lama di bibir.

Ok, Cik Rose ada baca di majalah dan juga ada yang share di blog dan facebook berkenaan cara untuk buatkan lipstick tahan lama di bibir. Antaranya ialah : 

  • Mula-mula pakai lipstick macam biasa. Tekap bibir dengan tisu. Kemudian oleskan lagi sekali lisptick tu. 
  • Cara kedua, sebelum pakai lipstick, masa berbedak tu bedak sekali bibir. Lepas tu, oleskan lipstick di bibir.

Kedua-dua cara tu Cik Rose pernah buat. Tapi, tak adalah tahan lama jugak. Hihi. Ke Cik Rose salah teknik ni? 

Kalau korang ada tips-tips untuk bibir ni, share lah di ruang komen kat bawah ni. Bolehlah Cik Rose praktikkan. Kita cantik sesama! Hihi.

 #moodcantikon
 #jomcantik
 #tipspemilihanlipstick


6 comments:

  1. biasanya sebelum pakai lipstick, saya buang sel kulit mati kat bibir dulu pakai tisu, pakai lip balm, pastu baru tenyeh lipstick. Tu pun pakai brush supaya lebih rata. Amboi, beauty tips sangat..hihi

    ReplyDelete
  2. best kan kalau lipstick tahan lama. sbb tak payah nak letak berkali2. hehe. btw lipstick mary kay mmg bagus. :)

    ReplyDelete
  3. Pernah juga try tips atas tu tapi hehe ko apapun ramai yang memuji lipstick mary kay ni ok. Cuma tak kesempatan lagi nak try

    ReplyDelete
  4. saya pakai lip balm je. tak reti nak pakai lipstick =(

    ReplyDelete
  5. btoi tu mmg pyh cri. biasa buh gak bdak tu sapu dlu.huhuh

    ReplyDelete