Tips kurus dengan mudah hanya minum campuran air lemon dan halia |Assalamualaikum.
Wahh iyer iyer je ni nak share tips kurus. Hahaha. Yang menaip ni pun tak kurus-kurus. Aduhh duh...
Cik Rose ternampak ada yang share cara buat air detox untuk tujuan kurus. Laju-laju lak nak try. Cik Rose ni bukan boleh tengok aje. Asal nampak kurus-kurus ni, nak cuba selalu. Dah tu nak kesan yang seawal 3 hari, bak kata bff Cik Rose! Hahahaha. Mampukah? Belum cuba belum tahu kan. Hikhik.
Apa tips kurus kali ni?
Tadaaa :
Lemon campur halia dan air panas sahaja! Mudah jer.
Gigih Cik Rose beli buah lemon di pasar pagi. Sebiji Rm1.50. Eh siap bagitahu harga!
Cik Rose minum sebelum tidur.
Mudah je. Hiris buah lemon nipis-nipis. Ambil halia sedikit, lebih kurang 2 inci ke. Potong dam tumbuk sikit. Letak dalam bekas. Campur air panas. Biar seketika. Dah agak suam, boleh terus minum. Memang masam. Tapi masam dia tahap kita boleh minum lagi. Selamba je Cik Rose minum.. Sedap sebab ada rasa halia tu!
Kesannya?
Esok paginya 2 kali buang air besar! Memang lawas. Tapi entah kenapa satu hari tu Cik Rose rasa pening lalat. Hahaha. Tak tahu sebab campuran air ni atau sebab mata. Cik Rose tak pakai cermin mata hari tu. Sudahnya, Cik Rose baru cuba sekali tu jer.
Nak teruskan buatlah. Semingu 2 kali ke.
Sekian tips kurus pada hari ini. Selamat mencuba!
2 Comments
pernah try nak buat sekali tapi belum pun sempat air tu sejuk saya dah tertidur dulu. hehehe
ReplyDeletePening mungkin cik ros berdaeah rendah . Sebab lemon dan ni turunkan darah hehe
ReplyDelete