Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni 31 Mac 2017. Hari terakhir bulan Mac. Esok dah 1 April. Birthday kakak Cik Rose esok. 

Esok juga ada kenduri kahwin adik ipar Cik Rose. Ni kenduri sebelah kitoranglah, pihak lelaki. Dah selamat nikah dan kenduri dah di pihak perempuan. 

Esok nak kenduri, Cik Rose dan suami masih di Johor. Tak tahulah dapat cuti ke tidak tu. Kehendak perkhidmatan, kena terima. 


Kad kahwin kat atas ni, Cik Rose yang buatkan. Hihi. Itu motif sebenar entry ni. Hahaha... Sajalah asah skill buat kad kahwin adik ipar ni. Kalau nak tempah, roger Cik Rose yer. 

2 hb 4 ni pulak Cik Rose ada kursus di Sungai Petani. 2 hingga 6 April di INTURA, Kedah. Moga dipermudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, Cik Rose jemput semua pembaca blog Cik Rose ke kenduri adik ipar Cik Rose di Kampung Datuk Keramat, Jitra. Esok 1 April 2017.


Moga majlis berjalan lancar dan diberkati. Aminn.