Warna kulit wajah dan tangan tak sama? Ini Cara Cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan

Warna kulit wajah dan tangan tak sama? Ini Cara Cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan |Assalamualaikum. Semua wanita nak kulit wajah yang bersih, bebas jerawat, dan cerah. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi tujuan tersebut. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan kulit wajah cerah! Cuba produk itu. Cuba produk ini. Hasilnya? Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya.

Bila wajah dah cerah, cuba perhatikan tangan. Ye..korang tengok cepat tangan korang. Letak sebelah pipi. Tengok cermin. Sama tak tona warnanya? Apa? Tak sama? Oh no! Macam mana ni... Berbelang pulak nampak. 

Jangan risau. Jangan gusar. Cik Rose ada jalan penyelesaian. Hikhik.

Putihkan tangan dengan losyen Vaseline dan Krim Kecantikan Safi.

Yes. Betul. 

Cik Rose jumpa kaedah ni dari facebook. Maaf Cik Rose tak dapat nak kreditkan pada empunya idea. Kerana ianya telah di share di facebook sampai Cik Rose tak tahu pemilik asalnya. Apapun, terima kasih pada empunya idea ini.

Cara cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan.

Mula-mula korang kena dapatkan krim kecantikan Safi dahulu. Jangan salah pilih. Sebab banyak jenis krim kecantikan. Pilih yang lidah buaya, botolnya warna hijau. Comel je. Jangan risau. Murah je. Tak sampai RM10. 

Kemudian, beli juga losyen Vaseline. Eh eh. Losyen Vaseline ni ada macam-macam pilihan. Yang mana satu ni. Korang ambil yang Healthy White. 

Gambar seperti dibawah. Ni gambar Cik Rose sendiri.


Dah tahu bahan. Caranya macam mana pula? Ok, Cik Rose terangkan yer.

Mula-mula sapu krim kecantikan dahulu di permukaan tangan. Terserah korang nak sapu hingga paras mana. Mula-mula agak kesat. Jangan risau sapu je perlahan-lahan. 

Kemudian, baru lapiskan pula dengan losyen Vaseline tadi. Usap-usap hingga warnanya sekata. Biarkan.

Cik Rose sarankan korang sapu sebelum tidur. Nanti bangun pagi masa mandi tu boleh gosok untuk hilangkannya. Tapi, nak pakai waktu pagi atau lebih tepatnya waktu siang pun boleh. Ikut kesesuaian masa korang. 

Nak sapu pada kaki pun boleh. Buku lali ke, lutut ke. Siku ke. Semua boleh. Tapi, ingat. Jangan mandi koboi. Hahaha. Masa mandi kena bersihkan betul-betul. Kalau tak, tak hilang kesannya. 

Ok, Cik Rose zoom sikit gambarnya. 


Korang sapu setiap hari. Secara konsisten. Nanti korang akan nampak perubahannya.

Cik Rose ni kejap buat. Kejap lupa, tak buat. Hikhik. 

Senang kan? Modal pun sikit. Cubalah. Nanti share dengan Cik Rose hasilnya. 


Sekali lagi, terima kasih buat empunya idea. 

Post a Comment

4 Comments