Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini 4 Ramadhan 1438H. Apa khabar semuanya? Moga baik -baik sahaja. Di awal Ramadhan, Cik Rose diuji dengan selsema, demam dan sakit-sakit badan. Manja benar badan sekarang ni. Kalau ada perjalanan jauh je, mesti demam selsema. Dulu, Cik Rose relax je naik bas ulang alik setiap minggu antara Kl ke Kedah, Kl ke Jb, dan Jb ke Kedah. Sekarang ni lain sikit. Sebulan sekali kalau naik bas dari Batu Pahat ke Sungai Petani, mesti demam urat. Nampak sangat kesan pertambahan usia di situ. Hikhik.
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni Cik Rose dapat bersahur dan berbuka bersama mak ayah dan adik beradik. Walau diuji dengan pemergian suami ke Operasi nun di Sabah, sedikit sebanyak terubat kesedihan hati Cik Rose dengan kemeriahan suasana di kampung.
Ubat selsema. Mengantok cek oi.
Di kesempatan ni, Cik Rose ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Marilah kita eratkan tali silaturrahim dan bermaaf-maafan.
Korang... Bulan Ramadhan ni Cik Rose balik kerja awal setengah jam. Hikhik. Dapatlah balik sediakan apa yang patut, kan.
5 Comments
selamat berpuasa cik rose
ReplyDeleteselamat berpuasa c. rose.. moga kesihatan bertambah baik di 5 Ramadhan ni, Insyaallah
ReplyDeletegws cik rose. jgn lupa makan ubat nnti melarat pulak susah.
ReplyDeleteget well soon cik rose..sabar ye..sian kena tinggal ehehe
ReplyDeleteselamat berpuasa rose.. take care ya
ReplyDelete