Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati | Assalamualaikum. Cik Rose dah jatuh hati dengan lagu ni. Pertama kali dengar di Program Meletop, penyanyinya Dhany Katahati nyanyi secara live.
Kemudian, Cik Rose tengok di youtube video promosi tudung Naelofar tu. True love.
Lagu ni Neelofa terbitkan. Komposernya saudara Aizat Amdan. Juga yang cipta lagu Wanita Terakhir yang dinyanyikan Fattah Amin.
Entah kenapa bila dengar lagu ni Cik Rose jadi sebak. Mungkin terbawa-bawa dek arus lofattah barangkali.
Apapun, hanya tuan badan sahaja yang tahu semuanya. Kita hanya melihat dari luaran. Sedangkan yang melalui dan merasainya adalah mereka. Jadi, siapalah kita untuk menentukannya. Biar mereka tentukan hal hati masing-masing. Moga baik-baik saja buat Neelofa dan juga Fattah Amin.
Dalam video klip tudung Naelofar sempena raya 2017 ni, dibawakan heronya khas dari Indonesia iaitu Miller Khan.
Korang dah tengok ke belum? Cik Rose dah dan asyik ulang-ulang je ni. Hikhik. Suara Dhany ni pula sedap, kena dengan feel lagu True Love ni. Sedih tau.
Ok, Cik Rose kongsikan lirik lagu True Love oleh Dhany Kata hati buat korang.
Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati
Malam-malam ku tanpa mu
Dingin sejuk ku terasa
Disini harum mu mewangi
Sejujurnya kau selalu ada
Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya
Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya
Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia
Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love
Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya
Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia
Macam mana? Meruntun jiwa tak? Tahniah untuk Neelofa kerana berjaya membuat Cik Rose menangis. Hikhik.
"Cinta itu membebaskan. Jika ia kembali itulah cinta sejati- Neelofa
2 Comments
so far okay laa...belum terngiang lagi kat telinga..hahahaha
ReplyDeleteAkak dah terjebak. Asyik menyanyi sendiri je ni. Hihi
ReplyDelete