Thursday, August 10, 2017

Be Who You Are, Not Who The World Wants You To Be

Be Who You Are, Not Who The World Wants You To Be. Amboi kemain tajuk english. Tajuk je gempak sikit, international. Namun, Cik Rose masih akan menulis dalam bahasa melayu. Atau, bahasa rojak. Bahasa rojak? Ape tu.. Entry akan datang, Cik Rose tulis dengan lebih lanjut. 

Untuk entry kali ini, lebih tertarik untuk berbicara berkenaan "jadi diri sendiri". 

Cik Rose dapat kata-kata dibawah ini dari facebook. Terima kasih empunya gambar ni. 


Jadilah apa yang kita mahukan, jangan mengikut saja kata orang. Tuntutan orang lain. Kita punya hak untuk memilih. Sama ada A atau B. Tidak ada yang salah berkenaan A mahupun B. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana ingin mengorak langkah. Jangan kerana ada yang memilih A, memaksa kita juga untuk turut memilih A. 

Raikan perbezaan. 
Setiap dari kita, tidak ada yang sama seratus peratus. Pasti ada perbezaannya. Jangan murung dengan pilihan sendiri. Jalani dengan sebaiknya. 

Ogos 2017. 
Permulaan Ogos yang penuh warna warni. Ogos yang penuh dengan emosi. Ogos yang penuh makna.

Alhamdulillah untuk semuanya..

Tik tok tik tok.

Menanti 14 Ogos.. 




2 comments: