Ok, petua ni saya dapat dari FB Persatuan Ibu -ibu comel Mengandung.. Comel tak?.. Comelll Kak Ton !.. Eh, tetiba Kak Ton pun terlibat dalam ini cerita :)
Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Mesti tak sabar nak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Haa, macam mana?.. Ada tak yang pernah try petua kat atas ni?.. Jangan tanya saya. hihihi.. Mana ada pengalaman kan.. Tapi, berdasarkan pengalaman kakak saya, ikan haruan tu memang betul. Memang cepat sembuh..
p/s : Masih menanti rezeki itu.. Doakan untuk saya ye kawan-kawan moga dimurahkan rezeki untuk bergelar ibu.. Aminn..
12 Comments
insyaallah kalau ada rezeki allah bagi .. saya doakan moga dipermudahkan..
ReplyDeletetime akak dulu mkn ikan haruan ngn minum jel gamat, pastu mkn oren... maklum akak kene caesar dulu
ReplyDeletesaya dulu makan pati ikan haruan poleny... plus saya buat sendiri manjakani blend letak dala sarung pil tu (boleh beli di farmasi) lepas tu mkan 2 biji setiap pagi dan petang...
ReplyDeletejgn putus asa... sentiasa doa pada Allah kerana Dia maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita... saya pernah tulis entri di sini...
http://dialoguda.blogspot.com/2013/03/petua-dan-doa-mendapat-zuriat.html
@MasyaAminn.. moga dipermudahkan.
ReplyDelete@norhidana miswanye, macam kakak Ros la.. tapi dia tak lalu nak makan ikan haruan, dia makan pil ikan haruan..
ReplyDeletetak biasa bt lgi..nti akan datang nk cuba ikan haruan tu..hee..time kcih ye..=)
ReplyDeletenice sharing.. nnti boleh la rujuk sini.. deqla doakan moga ada rezeki anak tu utk kita ye.. ;)
ReplyDeleteinshaAllah.. pasti sampai rezeki tu.. yg penting usehe jgn putus ase..
ReplyDeletejgn putus asa ek.. InsyaAllah ada rezeki ros... petua yg lain sy tak pernah try lg, sy dulu byk mkn ikan haruan je..
ReplyDeletessma-sama kita doakan k
ReplyDeleteikan haruan ciksu tak mkn la.acner la nnti ka
tq share petua2 nya ros..
ReplyDeletem3h amalkan pil haruan dgn sapu ubat kuning yg spital bg
wah petua bagus ni...nnt boleh cuba klu ada rezeki baby lagi
ReplyDelete