Friday, August 11, 2017

Larian Negaraku Sempena Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Kebangsaan di Batu Pahat, Johor

Larian Negaraku Sempena Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Kebangsaan di Batu Pahat, Johor | Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan nak menulis tentang pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa ni. Bertempat di Stadium Batu Pahat,Johor. Cik Rose panggil Dataran Bp jer. Hihi. Pelbagai aktiviti yang diadakan bermula 7 dan 8 Ogos yang lalu. Ada pameran, jualan, pertunjukan, konsert dan larian Negaraku.


Dalam entry kali ni, Cik Rose nak tekankan tentang Larian Negaraku. Larian sejauh 5KM. Cik Rose daftar nama melalui Jabatan Cik Rose. Ramai yang join. Dorang memang minat aktiviti macam ni. Cik Rose pula pertama kali sertai larian ni. Excited lebih! Larian pada hari Selasa. Malam sebelumnya dah teruja cuba kasut baru. Kasut New Balance. Adik sponsor masa raya. Hihi. Thank you!



Larian dijadualkan pukul 8 pagi, selepas senaman aerobik. Seawal jam 7, Cik Rose dah gerak ke sana. Pergi dengan officemate, Kak Farah. Sampai je, terus ambil baju dan salin. Juga dapat goodies bag berisi roti, buah epal dan air kotak. Nyum nyum. Macam biasa, sebelum lari bergambar dulu sekeping dua. 


Sebahagian dari Jabatan Cik Rose yang join.


Lebih kurang 8 lebih, baru larian dimulakan. Semua excited. Dorang berlari, Cik Rose pula? Berjalan. Hihi. Takpe, asalkan tamat juga hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah dapat sijil penyertaan. 


Di sijil, terdapat kupon cabutan bertuah. 


Sebaik sahaja semua peserta tiba, pengumuman pemenang cabutan bertuah diumumkan. Jom ke pentas!




Banyak juga hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Cik Rose tak bertuah hari tu, her her her. Kawan-kawan Cik Rose ade yang dapat. Yang lagi menggembirakan, anak kawan Cik Rose dapat hadiah basikal! Wahhh bestnya.. Semangat dia harus dipuji, masih kecil tapi tetap meneruskan larian hingga ke akhir. 


Masa tamat majlis pengumuman cabutan bertuah, hujan renyai-renyai. Apalagi, lajulah kami berjalan ke kereta. Maklumlah kereta parking jauh sikit. Dalam perjalanan nak ke kereta jumpa pula 3 tan ni. Dari unit suami Cik Rose. Mereka pun terlibat untuk bawa bendera dan main muzik. Suami Cik Rose tiada. Tugas lain di Kl. 


Balik larian, singgah Secret Recipe. Minum-minum. Hihi. Amboi, minum kat SR. Sekali sekala, bolehlah.

Sekian, cerita Larian Negaraku sempena Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa dari Cik Rose.


3 comments: