BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA



BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA | Assalamualaikum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, kan? Setuju tak? hihi. Please setuju ya semua. Cik Rose akui, Cik Rose bukanlah jenis yang bersolek dan tidak pandai bersolek pun. Ala-ala je orang kata. Tapi, jenis yang tak boleh tengok barang make up. Teringin! Siapa yang sama dengan Cik Rose?

Dalam awal tahun haritu, Cik Rose ada ikut kakak Cik Rose ke Sephora di Penang. Wah geramnya masa tu. Hihi. Banyak barang make up. Masa tu Cik Rose cuma beli pensel kening jer. Eh terasa kemelayuan pula bila sebut pensel kening. Hihi. Eyebrow pencil. Itu pun, ditaja oleh kakak. Hahaha. Biasalah adik beradik kan. Tapi, dah habis guna dah sekarang. Nanti entry akan datang, Cik Rose kupaskan ceritanya ya. 

Lepas dari kejadian tu, Cik Rose ada download apps Sephora. Maka, mata ni apalagi meliar-liar dok tengok  barangan make up. Tengok tu nak, tengok ini nak. Aduh duh. Alkisahnya Cik Rose beli make up dari Sephora di agak lama dah. Bulan Mei haritu. Setelah mengambilkira keperluan dan menolak keinginan, Cik Rose ada beli beberapa jenis barangan.  Apa yang Cik Rose beli? 

Sephora Collection
Blushing For You Blush Palette RM57
* Updated terkini, dah out of stock.
Blusher. Best sangat. Ada tiga pilihan warna. 


Tarte
Tarteist Treats Eye & Lip Set RM112
* Updated terkini, dah out of stock.
Yang ini memang berbaloi-baloi. Ada eyeshadow, mascara dan lip paint.

Dan dapat percuma :

Sephora Collection
Teint Infudion Foundation -Petal (2 x 0.5ml)

Tadaaa : 


Penghantaran dalam 2-3 hari. Memang excited bila terima barang. Cantik sangat warnanya. Cik Rose akan cerita dengan lebih terperinci di entry akan datang ya. Dalam entry ni, kira macam pengenalanlah. hihi.

Sesekali membeli, apa salahnya kan. Untuk kepuasan diri. Kita ni berbeza-beza. Ada yang suka beli beg, ada yang suka beli kasut, ada yang suka beli make up. Lain-lain. Mana ada orang yang sama, kan. Jadi, raikan perbezaan itu. Janganlah mempersoalkan kenapa orang tu beli itu, beli ini. Betul tak?

Hey ladies, kerana dirimu begitu berharga !


Post a Comment

5 Comments

  1. wow..mkn cantik la cik rose lps ni..:)

    ReplyDelete
  2. amboi cik rose banyaknya membeli. bestnyaaaa!

    ReplyDelete
  3. bestnya, sebelum ada sephora kat JB, Lin beli dekat Zalora je. ada diskaun. HUHU.

    ReplyDelete
  4. Takpelah, dah penat bekerja. Saya pun selalu habis duit kat mekap. Masuk sephora selalu hilang arah. X pernah try apps lagi

    ReplyDelete