REVIEW Blushing For You Blush Palette | BLUSHER DARI SEPHORA YANG MEMANG BEST. Assalamualaikum. Wanita dan make up tidak dapat dipisahkan. Cewah ayat. Yeke? Ok, memang kita ni berbeza-beza. Ada yang minat dan suka make up. Ada yang tidak gemar make up. Tapi, Cik Rose percaya, yang tak minat make up tu pun, mesti pakai bedak dan lipstick kan. Baik mengaku. Jangan nak cakap korang natural beauty, keluar tanpa secalit bedak. hihihi.
Ok, Cik Rose ni suka tengok orang yang pandai make up tau. Memang minat. Tapi, nak make up sendiri tu taklah pandai. Setakat conteng sikit-sikit tu bolehlah. hihi. Dalam banyak-banyak alat solek seperti foundation, compact powder, lipstick dan lain-lain tu, Cik Rose paling suka blusher, Pemerah pipi. Aduhhh cantik! Cik Rose memang suka blusher yang banyak warna. Sesetengah orang suka warna pink, dan ada yang suka warna ala-ala natural. Cik Rose ni tak kisah warna apa. Janji blusher. Hihi. Suka tengok pipi kemerah-merahan!
Dalam entry sebelum ni, Cik Rose ada cerita ang Cik Rose beli make up dari Sephora kan. Ok, kali ni Cik Rose cerita dengan lebih detail tentang blusher Sephora ni ya.
Cik Rose beli Blushing For You Blush Palette dari Sephora Collection. Harganya RM 57.00. Pada Cik Rose harganya murah jika nak dibandingkan dengan blusher di pasaran. Nak-nak ada 3 jenis warna! Lepas tu siap ada glitter lagi. mana tahu korang nak effect berkilau ke untuk majlis-majlis tertentu. Senang kan. Cantik bekas blusher ni. Warna Pink! Ada cermin di dalamnya. Berus tu tidak disediakan ya. Berus tu Cik Rose beli dari Elianto. Dah lama beli, dan masih elok bulu-bulunya. Memang Cik Rose rekomen berus ni. Puas hati.
Warna merah hati. Soft je warnanya. Sesuai untuk yang suka pipi sedikit kemerah-merahan yang ala-ala natural. Ha, gitu! Cik Rose suka je warna ni. Kalau nak keluar jalan-jalan pakai yang ni.
Warna kedua adalah warna ala-ala peach coklat. Warna ni dah tinggal sikit sekarang. Mana taknya, hari-hari pakai. Pakai pergi kerja. Suka sangat warna ni. Cik Rose bukan je pakai di pipi, juga pakai di tepi-tepi muka. Eh, sukalah! hihihi.
Yang terakhir, warna pink. Pakai yang ni rasa ceria je. Cik Rose suka jugak. Ada orang tak minat warna pink sebagai blusher. Tapi, Cik Rose suka. Cuma janganlah pakai setompok bulat di pipi. hihi.
Cuba tengok dari pandangan sisi. Tebal jugak bekasnya. Takdelah nipis. Cik Rose beli bulan Mei. hingga kini, ada lagi tak habis pun. Jimat kan.
Sayangnya, dah tak ada di Sephora. Out of stock. Nasib baik Cik Rose sempat beli.
Korang suka tak pakai blusher?
Jangan ditanya Cik Rose. Hahaha. Cik Rose memang suka. Mesti rasa nak pakai blusher lepas dah pakai bedak. Kalau tak pakai, rasa tak lengkap. Sampai macam tu sekali. Tapi, tak adalah tebal. Biasa-biasa je. Buat ade-ade orang kata. hihi.
Bijak membeli.
Pada Cik Rose, walau apapun yang kita nak beli, kenalah tengok pada kualiti juga selain harganya. Tak naklah yang murah tetapi berbahaya. Dan tak nak juga mahal tapi kualiti rendah. Kena pandai-pandai pilih orang kata. Lagi satu, membelilah pada waktu yang betul. Tengok kalau ada sale, time tu lah beli. Tapi, pastikan harga sale tu memang ada diskaun. Jangan sama je harganya. Sengaja dinaikkan harga kaw-kaw dan beri diskaun sekadar di atas kertas. No, no, no.
Alah membeli menang memakai.
Jadilah pengguna yang bijak.
Eh dah macam iklan pulak.
Ok, tentang blusher ni, kalau habis, haruslah ulang beli. Best!
6 Comments
Ala...dah habis. Minat gak main mekap2 ni. Paling minat eyeliner. Pastu try foundation cari yg sesuai dgn kulit. Jarang pakai blusher sebab jerawat selalu naik kat pipi
ReplyDeletebestnya... saya suka sephora
ReplyDeletewow mcm best sephora ni
ReplyDeleteCantiknya warna bluser dia. Harga dia pun takde la mahal sangat.
ReplyDeletebaru nk usha sephora udah kata abis pulak.... akak mmg suke blusher yg ada pilihan gini... takde lah bosan sepesan je colornya
ReplyDeleteWah memang cantik kaler blusher sephora nih. Blusher nih mekap yg menjimatkan sbb tak habis habiskan
ReplyDelete