Wednesday, December 20, 2017

Balm bayi Tasneem Naturel | Bukan untuk si manja sahaja



Balm bayi Tasneem Naturel | Bukan untuk si manja sahaja
Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. Musim cuti sekolah, mesti rumah Cik Rose meriah. Meriah dengan anak-anak sedara. Hihi. Cuti sekolah, dorang akan datang rumah Cik Rose, taklah sunyi kan.

Anak sedara Cik Rose yang sulung, Nel. Dia ni pagi-pagi mesti selsema. Dok sok sek pagi-pagi. Cik Rose ni kesian kat dia. Dok memikir macam mana nak buat. Sambil-sambil online facebook, ada nampak post tentang balm Tasneem Naturel. Eh boleh ke ek bagi anak sedara guna? Tanpa membuang masa, Cik Rose baca sekali testimoni yang ada. Ada yang alami masalah yang sama, dan balm ni membantu!



Sedikit pengenalan tentang Balm bayi Tasneem Nature Cik Rose selitkan ya.
Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.


Cik Rose ni jatuh hati dengan packaging Tasneem Naturel ni. Comel bekasnya, dan warna-warnanya. Hijau, merah jambu, ungu dan kuning.
Untuk pengetahuan korang, balm Tasneem Naturel ni ada empat jenis:

*COUGHFLU TIME
*SLEEP TIME
*CALM TIME
*TUMMY TIME
   




Balm jenis Coughflu Time yang Cik Rose berikan anak sedara Cik Rose. Sapu je di tulang hidung, dada dan belakang leher. Cik Rose sapu setiap pagi dan sebelum tidur. Eh, kadang-kadang Cik Rose nampak je dia dok sok sek, terus Cik Rose sapu lagi. Cik Rose tanya dia, apa yang dia rasa lepas pakai tu. Rasa lega di sekitar hidung tu, katanya. Alhamdulillah. Jangan risau, balm ni tak delah menyebabkan hidung dia pedih yang keterlaluan. Cik Rose pun cuba. Dok sapu juga kat dada, nak bagi lapang sikit dada ni.

COUGHFLU TIME

·        Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
·        Bantu melegakan asthma
·        Mengurangkan suhu ketika demam

CARA GUNA:
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

RAMUAN:
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree


Balm jenis Sleep Time ni yang pertama menarik minat Cik Rose tau. Maklumlah packagingnya warna purple. Cik Rose ni kan purple lover. Hihi. Cik Rose suka bau dia tau. Kalau anak korang ada masalah susah nak tidur ke, tidur tak lena(kejap-kejap bangun) tu, sapu sikit sebelum tidur. Sambil urut-urut sikit. Insyaallah membantu. Cik Rose ni belum ada anak kecil, jadi Cik Rose cuba dekat diri sendiri. Bau dia best. Cik Rose sapu nipis di belakang telinga dan bahagian nadi tangan tu.

SLEEP TIME
·        Bantu anak supaya mudah tidur lena
·        Bantu anak bangun dalam mood ceria
·        Membaiki kualiti tidur

CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN:
Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang


Balm Calm Time pula, packaging dia warna hijau. Bau dia pada Cik Rose macam oren-oreng gitu. Tapi, anak sedara Cik Rose cakap bau dia macam air sirap. Eh! Hihi. Mungkin sebab kandungan dia campuran lavender tu kot, tu yang dia kata air sirap. Maklumlah budak-budak. Yang ni pulak, Cik Rose akan sapu kat belakang telinga anak-anak sedara tu. Semua pakat nak cium terus dari bekas dia. Bau sedap kan.

CALM TIME
·        Memberikan keselesaan kepada bayi
·        Mengurangkan keletihan dan tekanan
·        Bantu anak lebih tenang

CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN:
Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile



Balm tummy time ni memang ibu-ibu perlu ada. Maklumlah baby ni perutnya sensitif, kadang-kadang kembung dan sebu kan. Sapu je Tummy Time, Insyaallah.

TUMMY TIME
·        Membuang angin dalam perut
·        Bantu melegakan perut sebu dan kembung

CARA GUNA:
Sapu pada perut dan tapak kaki

RAMUAN:
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

   




Kenapa balm Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu bapa?

Antara sebabnya ia adalah balm ni selamat, berkualiti, dihasilkan dengan campuran essential oil terpilih dan harga yang mampu milik. Eh bukan untuk anak-anak je tau, orang dewasa pun boleh guna. Tu yang best dan dah jadi teman baik Cik Rose dah Sleep Time tu. Hihi.



Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh ke website dan laman sosial Tasneem Naturel seperti di bawah :

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)




7 comments:

  1. kitorg dah falling in love hehehe anak-anak siap pakai sendiri dah tu. Suka sangat dengan Tasneem

    ReplyDelete
  2. produk terbaik untuk seisi keluarga harus la ada dalam seiap rumah ni

    ReplyDelete
  3. Produk selamat yang bermanfaat.. Tambah sekarang musim hujan memang kena standby balm nie.. Boleh meredakan..

    ReplyDelete
  4. ramai yg review balm tasneem nie.. nmpknye en beli nie utk ecad..

    ReplyDelete
  5. comel je tengok!! nak kena dapatkan juga ni

    ReplyDelete
  6. Akak suka emua balm...best sgt

    ReplyDelete