Disember | Selamat Hari Lahir baby Disember



Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik saja. Disember. Ramai orang yang dekat dengan Cik Rose menyambut ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan lain-lain. 

Buat kakak sulung Cik Rose yang lahir pada 20 Disember 1983, happy birthday Along! Hihi. Juga buat abang Cik Rose, pada 24 Disember 1984. Happy birthday Ayie! Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan menuju kebaikan. 

Buat mak ayah pulak, menyambut ulangtahun perkahwinan pada 26 Disember lalu. Moga berkekalan dan happy- happy selalu. Love all of you! 





Cik Rose tengok orang lain buat, rasa nak cuba jugak! 2017 Best Nine. Nak tengok gambar sepanjang tahun 2017 yang mendapat like paling banyak. Keputusannya, 5 gambar adalah gambar makanan. Haruskah Cik Rose menggelarkan diri sendiri sebagai food blogger? Hihi. Gambar pertama paling banyak like tu betul-betul mengusik hati. Gambar kuih Cara, air tangan suami. Sedap! Ya, Cik Rose harus akui yang  bab memasak ni suami mendahului Cik Rose. Hikhik. 

Terselit juga sekeping gambar Cik Rose di situ. Gambar yang memberikan kemanisan buat Cik Rose. Gambar masuk suratkhabar lah katakan. Terima kasih Kak Yam sudi memasukkan cerita Cik Rose menabung dalam Sinar Ahad. Thank you again. 
Gambar suami nak gerak ke tugas luar pun terselit. Sedih.. 30.11 tarikhnya. Cik Rose menanti dengan penuh sabar kehadiran Februari 2018. 

Kenapa gambar Fazura sampai dua ni. Hihi. Maklumlah pengantin baru. Berseri-seri dan lawa je Cik Rose tengok masa akad nikah dan majlis mereka. Moga berbahagia selalu. 

2017.
Banyak yang berlaku. Suka duka. Suka dijadikan memori segar dalam ingatan. Dan duka pula dijadikan pengajaran yang paling bererti dalam hidup. 

Selamat menempuh tahun 2018! 

Post a Comment

1 Comments